AFL

PENGENDALI Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris ternyata masih belum berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun menamatkan saingan dengan kemenangan 1-0 ke atas Kuala Kangsar BRM FC, Sabtu lalu.

Tegasnya, dari segi keputusan perlawanan memang memihak pasukan berbeza dengan persembahan dipamerkan anak didiknya.

“Memang kami membawa pulang tiga mata, Alhamdulillah cuma dari segi persembahan saya masih belum puas hati lagi terutamana dibahagian serangan.

“Kami mendominasi perlawanan khususnya pada babak kedua, namun ketumpulan jentera serangan menghampakan pasukan.

“Masih banyak perkara yang perlu kami perbaiki serta atasi sebelum aksi menentang Armed Forces FC dilaman sendiri, Ahad ini,” katanya kepada AFL.

Pada aksi yang berlangsung di padang Astaka Sitiawan, Perak, Sabtu lalu,  gol tunggal jaringan Azim Rahim pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan Imigresen FC pulang dengan tiga mata penuh.

Imigresen FC atau diberi jolokan The Mighty Tigers dilihat antara beberapa pasukan dalam saingan Liga M3 musim ini yang berpotensi meraih slot Liga Super 2024.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *