AFL
Maniam mahu anak didik memberikan fokus sepenuhnya dalam usaha memburu slot Piala Malaysia 2023.

PENGENDALI Harini Selangor FT, P Maniam menyifatkan slot Piala Malaysia 2023 buat pasukannya masih belum terjamin sepenuhnya melainkan mereka memenangi tiga perlawanan seterusnya.

Tegasnya, walaupun boleh dikatakan pasukan bimbingannya itu berpeluang cerah untuk mengisi dua slot Piala Malaysia namun dalam bola sepak segala-galanya boleh berlaku.

“Masih belum selamat, tiga perlawanan seterusnya akan menentukan peluang buat pasukan, untuk memastikan peluang milik kami, sembilan mata perlu diraih,” katanya kepada AFL.

Tiga perlawanan seterusnya menyaksikan Harini Selangor FT akan berdepan Bukit Tambun FC (24 Jun), SAINS FC (8 Julai) dan Manjung City FC (15 Julai).

Harini Selangor FT berada dikedudukan kedua (20 mata) dibelakang KL Rovers selaku peneraju takhta dengan perbezaan tiga mata selepas sembilan perlawanan.

Bukit Tambun FC (18 mata) dan Imigresen FC (16 mata) juga dilihat memiliki peluang dengan kedudukan mereka ditangga ketiga dan keempat serta SAINS FC  kelima (16 mata) yang kekurangan satu perlawanan.

 

June 23, 2023
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *