AFL
Zainal Abidin mahu pemainnya kembali memburu kemenangan untuk memastikan kedudukan terbaik pada pusingan kedua.

IMIGRESEN FC tekad bangkit pada pusingan kedua  untuk terus memberikan saingan dan mengekalkan gelaran kejuaraan selepas keciciran mata pada beberapa aksi dipusingan pertama Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025.

Masih mengekalkan rekod tanpa kalah selepas 14 perlawanan, The Mighty Tigers menyasarkan mata penuh pada empat perlawanan awal pusingan kedua untuk memastikan pasukan berada dikedudukan kelompok kedua teratas.

Pengarah Teknikal IFC, Datuk Zainal Abidin Hassan berkata, beberapa keputusan seri yang dicapai pada pusingan pertama menyebabkan pasukan keciciran mata dan perkara ini tidak seharusnya berlaku lagi.

“Bagi saya memang ada sedikit kemerosotan, walau bagaimanapun kita masih kekal rekod tanpa kalah, tujuh keputusan seri sebelum menang pada aksi terakhir dipusingan pertama.

“Kehilangan mata amat memedihkan, pada pusingan kedua kita perlu menang tiga atau empat perlawanan awal untuk berada dikelompok pasukan teratas.

“Memasuki pusingan kedua saingan lebih sengit dengan beberapa pasukan telah melakukan penambahbaikan, walaupun jarak mata setiap pasukan tidak jauh tetapi 14 perlawanan macam-macam boleh jadi,” katanya kepada AFL.

Ditanya mengenai kemasukan pemain-pemain baharu untuk memperkuatkan pasukan, Zainal Abidin memaklumkan pasukan akan menggunakan kudrat pemain sedia ada.

“Bagi saya tidak ada penambahbaikan, kita cuma menggunakan pemain yang dipinjamkan ke Sabah dan Negeri Sembilan sebelum ini dan kita lihat ada corak perubahan permainan susulan kehadiran kedua pemain ini,” ujarnya.

 

Jadual penuh perlawanan minggu ke 16 yang bakal berlangsung Sabtu dan Ahad ini.

 

 

.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *