AFL
Danny (kiri) dan Mohd Raimi Fakri menandatangani perjanjian kerjasama strategik yang pastinya akan merancakkan saingan liga bola sepak tempatan.

AMATEUR Football League (AFL) memeterai perjanjian kerjasama strategik bersama pusat sukan rekreasi terkemuka dan serba moden, Sportizza Sdn Bhd dalam usaha merancakkan saingan liga bola sepak bola sepak khususnya di peringkat semi-pro dan amatur.

Selain bekerjasama dalam mempertingkatkan lagi mutu bola sepak khususnya di peringkat semi-pro dan amatur, Kompleks Sukan Sportizza di Shah Alam bakal bergelar ‘Home of AFL‘.

Sebagai Rakan Strategik, AFL dan pasukan-pasukan akan diberi keistimewaan bagi penggunaan sebarang kemudahan yang disediakan di sana.

Perjanjian kerjasama tersebut ditandatangani oleh Pengurus Besar Sportizza Sdn Bhd, Danny Danial dan Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad sambil disaksikan Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi.

Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah AFL, Chiew Chun Yong dan Anwar Mamtaj.
#afl
#ligaa1semipro
#ligauntuksemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *