
AMATEUR Football League (AFL) secara rasminya mengumumkan kolaborasi bersama Astro selaku rakan penyiar rasmi Liga A1 Semi-Pro musim 2025/2026.
Pembabitan Astro ini bakal menjanjikan 31 siaran perlawanan langsung disepanjang kejohanan dan akan disiarkan pada setiap hari Isnin, jam 8.45 malam yang boleh ditonton menerusi saluran Astro Arena.
Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi menyifatkan kehadiran Astro pastinya akan menambahkan kemeriahan musim baharu Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
“Liga A1 Semi-Pro kini menjadi bualan hangat dimana peminat-peminat tertanya-tanya untuk meyaksikan siaran langsung.
“Kali ini agak luar biasa dimana saingan Liga A1 Semi-Pro akan bersiaran di televisyen. Pengumuman AFL ini merupakan penghargaan buat komuniti bola sepak Semi-Pro dan Amatur.
“Saya percaya dengan sokongan dan komitmen rakan penyiar tempatan, ia bukan hanya demi kepuasan kualiti tontonan peminat-peminat tanah air.
“Pada masa sama ia dapat meningkatkan nilai komersial Liga A1 Semi-Pro yang akhirnya akan memberikan pulangan besar buat pasukan serta pemain,” katanya pada sidang media selepas Majlis Pengumuman Penyiar Rasmi Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Hadir sama Timbalan Pengerusi AFL, Dato’ Dollah Salleh, Ahli Lembaga Pengarah AFL, Datuk Kamarudin Hassan,Chiew Cun Yong dan Anwar Mamtaj serta Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad.

Tambahnya lagi, penglibatan Astro selaku rakan penyiar liga musim ini bakal memenuhi kehendak peminat peminat tempatan yang mendambakan satu liputan menyeluruh dan menarik.
“Sebelum ini perlawanan Liga A1disiarkan menerusi saluran Youtube AFL, Facebook dan Mytv namun untuk musim ini di saluran Astro.
“AFL yakin Astro mampu memenuhi kehendak dan objektif, kami menemui rakan kongsi terbaik untuk membina semula jenama dan impak Liga A1 ke tahap lebih tinggi.
“Menerusi kepakaran dan pengalaman yang dimiliki Astro dalam bidang penyiaran sukan, kami berharap ia dapat memenuhi jangkaan dan harapan semua peminat.
“Tiada keraguan reputasi Astro sebagai penyiar, kerjasama ini dilihat bakal mencetuskan fenomena bola sepak khususnya Liga A1 yang akan diingati pengikut bola sepak tanah air,” tegasnya.
Selaku penyiar rasmi Liga A1 Semi-Pro 2025/2026, Astro akan menyiarkan perlawanan aksi pembuka tirai pada 2 Ogos 2025 (Sabtu) dengan Perlis Guar Syed Alwi FC (GSA FC) menentang Kedah FA di Stadium Tuanku Syed Putra, Kangar, jam 8.45 malam.
–tamat—