AFL
KETUA jurulatih Perak FA, Syamsul Saad memuji semangat juang barisan pemainnya untuk memastikan sekurang-kurangnya satu mata ketika berdepan Kelantan Red Warrior FC (KRW FC).
Tegasnya, walaupun mereka bermain dengan aksi longlai khususnya pada awal perlawanan namun pemain bangkit pada separuh masa kedua.
“Bermula dengan agak teruk, sekurang-kurangnya pemain bangkit menyamakan kedudukan dan cipta peluang untuk menang tapi rezeki seri, saya terima dengan keputusan tersebut,” katanya.
Menyifatkan masih banyak yang perlu dilakukan anak didiknya, Syamsul mahu barisan pemainnya mengambil pengajaran untuk tidak mengulangi perkara yang sama.
“Positifnya pemain bangkit dan tidak berputus asa memburu gol dan ianya terhasil selain beberapa peluang di cipta untuk meraih kemenanganl,” jelasnya.
Pada aksi yang berlangsung di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor itu, tuan rumah ketinggalan pada separuh masa pertama hasil sepakan penalti yang disempurnakan pemain import KRW FC, Emmanuel Embarga pada minit ke-16.
Namun tuan rumah bagkit menyamakan kedudukan juga menerusi sepakan penalti yang disempurnakan Christian Chuwku pada minit ke-70.
Selepas berakhirnya perlawanan minggu keenam, Perak FA kini berada dikedudukan keempat liga dengan mengumpul 11 mata hasil tiga menang, seri dua dan kalah sekali.
> Perlawanan seterusnya
– 5 Oktober 2025 (Ahad)
Malaysian University lwn PERAK FA
Stadium MMU, Cyberjaya / 4.45 petang
September 30, 2025
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *