AFL
Kubang Pasu-MPKP

 

LAPAN pasukan kini masih berpeluang memburu slot ke pentas Suku Akhir Liga A2 Amateur 2025/2025 yang dijadualkan bakal berlangsung pada 13 Disember 2025.

Dibahagikan kepada empat Zon iaitu Utara, Tengah, Selatan dan Timur, saingan yang kini memasuki perlawanan minggu terakhir Sabtu ini bakal menentukan lapan pasukan terbaik dengan lima pasukan sudah mengesahkan kemaraan.

Lima pasukan yang sudah mengesahkan kemaraan adalah USM FC ( Zon Utara), AAK Puncak Alam FC dan ACEIO FC (Zon Tengah), Teck-Hin KR FC ( Zon Selatan) dan AZM Rovers FC ( Zon Pantai Timur).

Bintong FC

Saingan paling menarik adalah di Zon Utara dengan Kubang Pasu-MPKP, Kuala Muda FA, Kuala Perlis Titan FC dan Bintong FC berpeluang mengiringi USM FC yang sudah pun mengesahkan selaku juara Zon Utara.

Kubang Pasu-MPKP yang sudahpun beraksi lapan perlawanan ketika ini berada dikedudukan kedua (lapan mata) manakala Kuala Muda FA, Kuala Perlis Titan FC dan Bintong FC sama-sama mengutip tujuh mata.

Melihatkan kepada kedudukan semasa, pertembungan Kuala Perlis Titan FC yang menanti kunjungan Kuala Muda FA di Stadium UNIMAP, Pauh pastinya menarik apabila pasukan yang meraih tiga mata akan mengesahkan slot ke pentas suku akhir.

Kuala Perlis Titan FC

Satu lagi perlawanan adalah USM FC yang sudah pun mengesahkan kemaraan akan mementang Bintong FC di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.

Secara sifirnya jika pertembungan Kuala Muda FA menentang Kuala Perlis Titan FC berakhir dengan kemenangan bagi salah satu pasukan, hasrat Bintong FC untuk berada dikelompok lapan terbaik tetap berkubur walaupun mereka berjaya melakukan magis menewaskan USM FC.

Duyong Fighters FC

Bagi Zon Selatan pula, perebutan kedudukan kedua terbaik kini terarah kepada Duyong Fighters FC dan MBMB Warrior FC dengan perlawanan terakhir akan menentukan hala tuju kedua pasukan ini.

Duyong Fighters FC ketika ini mengumpul 13 mata dan akan menentang Teck-Hin KR FC selaku juara Zon Selatan manakala MBMB Warrior FC yang hanya dibezakan satu mata dengan Duyong Fighters FC bertandang ke tempat lawan menentang NS Forces Warriors FC.

Berdepan Teck-Hin KR FC, kemenangan perlu diraih Duyong Fighters FC jika tidak mahu berputih mata dalam saingan kali ini seandainya MBMB Warriors FC berjaya menewaskan NS Forces Warriors FC.

Kuantan City FC

Bagi perebutan Zon Timur pula, peluang lebih memihak kepada Kuantan City FC yang masih memiliki baki satu perlawanan berbanding YPM FC walaupun mereka berkongsi 10 mata.

Kuantan City FC hanya perlu seri berdepan AZM Rovers FC pada perlawanan terakhir dilaman sendiri dengan pasukan berpengkalan di Machang, Kelantan itu yang kini memimpin Zon Timur.

Namun jika tuan rumah tewas ke atas pelawat, YPM FC yang ketika ini berada di kedudukan ketiga akan mengiringi AZM Rovers FC.

Kedudukan terkini setiap pasukan mengikut zon masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *