AFL

 

KETUA jurulatih Kuala Perlis Titans FC, Faizal Abu Bakar mahu anak didiknya memanfaat peluang beraksi dilaman sendiri untuk meraih kemenangan pada pertembungan menentang AZM Rovers FC di peringkat separuh akhir kedua Liga A2 Amateur 2025/2026.

Berjaya mengikat kedudukan seri tanpa jaringan pada aksi di Padang Majlis Daerah Machang, minggu lalu, Faizal mahu pemainnya memberikan tumpuan penuh serta komitmen sehingga tamat perlawanan.

Tegasnya, bermain dilaman sendiri menjadi kelebihan buat pasukan dengan kehadiran pemain ke -12 yang merupakan tulang belakang pasukan dalam saingan kali ini.

“Sudah tentu ia akan menyemarakkan semangat juang barisan pemain untuk mencapai kemenangan dan seterusnya layak ke pentas final Liga A2.

“Ayuh buat semua penyokong Kuala Perlis Titans FC hadir ke stadium memberikan sokongan kepada pasukan,” ujarnya.

 

Sementara itu, Pengurus pasukan Kuala Perlis Titans FC, Wan Khairul Faiz pula menegaskan kemaraan pasukan dipentas separuh akhir bukanlah bergantung kepada nasib.

“Kamu bukan sampai ke tahap ini kerana nasib tetapi kerana keberanian dan semangat berpasukan yang ditonjolkan pada awal saingan sehinggalah kini,” katanya.

Jadual perlawanan Separuh Akhir Kedua

> 10 Januari 2026 (Sabtu)

Kuala Perlis Titans FC vs AZM Rovers FC

Stadium UNIMAP, Pauh / 4.15 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *