

USM FC kini selangkah untuk bergelar juara Liga A2 Amateur 2025/2026 dengan reputasi tinggi dipamerkan sepanjang kejohanan.
Penampilan kali pertama USM FC dalam saingan musim ini memperlihatkan aksi yang konsisten selepas mereka mencatatkan rekod tanpa kalah pada saingan di peringkat Zon Utara untuk mengumpul 22 mata sebelum pencapaian tersebut diteruskan sehingga peringkat separuh akhir.
Skuad bimbingan Azizul Ahmad Sabri ini yang diperkuatkan pemain terdiri dari kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang begitu berdisipilin dibahagian benteng dan gemar memperagakan aksi menyerang.

Beberapa nama yang perlu diberikan perhatian adalah Muhammad Fauzi Kadar, Aidil Danial, Mohd Daniel Irfan dan Muhammad Redzuan Mohd Suhaidi yang merupakan ketua pasukan.
Berpengkalan di Tasek Gelugor, Pulau Pinang mereka hanya dibolosi lapan gol disepanjang 12 perlawanan memperlihatkan keampuhan benteng yang dipimpin Muhammad Redzuan.
Posisi penyerang pulak tidak kurang hebatnya dengan 29 gol dihasilkan namun melihatkan keghairahan pemain yang menggalas cabaran ini tidak mustahil angka tersebut akan meningkat.
Kini USM FC bersedia untuk mencipta kegemilangan selaras dengan tema mereka “ WE LEAD”.
#AFL
#ligaa2amateur202526
#ligauntuksemua

LALUAN PERJALANAN USM FC
> PUSINGAN PERTAMA
– USM FC (3) vs (0) Kubang Pasu-MPKP
– Kuala Perlis Titan FC (1) vs (3) USM FC
– USM FC (3) vs (0) Kuala Muda FA
– Bintong FC (0) vs (2) USM FC
> PUSINGAN KEDUA
– Kubang Pasu -MPKP (1) vs (2) USM FC
– USM FC (5) vs (1) Kuala Perlis Titan FC
– Kuala Muda FA (0) vs (2) USM FC
– USM FC (2) vs (0) Bintong FC
> SUKU AKHIR PERTAMA
– MBMB Warriors FC (2) vs (5) USM FC
> SUKU AKHIR KEDUA
– USM FC (2) vs (0 ) MBMB Warrior FC
* USM FC layak ke pentas separuh akhir dengan agregat 7-2
> SEPARUH AKHIR PERTAMA
– USM FC (0) vs (0) AAK Puncak Alam FC
> SEPARUH AKHIR KEDUA
– AAK Puncak Alam FC (1) vs (2) USM FC
* USM FC layak ke pentas akhir dengan agregat 2-1