AFL

AMATEUR Football League (AFL) hari ini mengumumkan Imigresen FC II dan AAK-UNISEL FC telah disahkan penyertaan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

Imigresen FC II dan AAK UNISEL FC sebelum ini berada di dalam senarai menunggu dan perlu memenuhi beberapa kriteria di samping melengkapkan dokumentasi mengikut tempoh yang diberikan.

Setelah melalui proses semakan, kedua-dua pasukan kini disahkan penyertaan bagi melengkapkan jumlah 14 pasukan menyertai Liga A1 Semi Pro 2026/2027.

AFL sebelum ini telah memaklumkan 12 pasukan berjaya mengesahkan penyertaan bagi musim 2026/2027 di mana empat (4) Pasukan berada di senarai menunggu untuk merebut dua (2) lagi kekosongan.

Saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 akan membuka tirai pada 28 Ogos 2026 (Jumaat) dengan perlawanan pembukaan di antara Johor Darul Ta’zim II menentang USM FC di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin.

Terdahulu, AAK UNISEL FC  (sebelum ini dikenali sebagai AAK Puncak Alam FC) merupakan ‘semi-finalist’ Liga A2 Amateur 2025 dan Imigresen FC II pula berada di kedudukan ke-10 Liga A1 Semi-Pro musim lalu.

Tekan pautan dibawah untuk Jadual Penuh Perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

https://the-afl.my/wp-content/uploads/2019/04/JADUAL-PERTANDINGAN-LIGA-A1-SEMI-PRO-20262027.pdf

#afl

#ligaa1semipro20262027

#ligauntuksemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *