AFL

KEMENANGAN ke atas Malaysian University – UiTM merupakan suntikan moral penting buat pasukan menjelang aksi getir menentang UM Damansara United, Khamis ini.

Ketua jurulatih USM FC, Azizul Ahmad Sabri menyifatkan kemenangan hadir selepas dua perlawanan tepat pada masanya yang memberikan keyakinan tinggi buat barisan pemain.

“Syukur Alhamdulillah kita berjaya mengutip tiga mata yang cukup penting di halaman sendiri. Tahniah kepada semua pemain yang bermain dengan penuh semangat, penuh disiplin untuk memastikan kemenangan sulung diraih.

“Dua jaringan menerusi pemain import yang baru didaftarkan dalam pasukan iaitu Musa J. Camara, beliau berjaya membuktikan ketajaman apabila didepan gol,” tegasnya.

Tambahnya lagi, aspek fokus sepanjang perlawanan perlu terus dipertingkatkan jika melihatkan jaringan pasukan lawan walaupun pada kita mendahului dengan tiga gol tanpa balas.

“Kita agak leka dipenghujung perlawanan apabila empat pertukaran pemain terpaksa dilakukan menyebabkan momentum pasukan agak goyah.

“Lawan  berjaya mengambil peluang ini dengan menjaringkan dua gol pada penghujung perlawanan.

“Apapun saya lega dengan kemenangan ini, baik untuk pasukan agar terus kekal positif dan fokus perlawanan  bertemu UM Damansara United”, ujarnya.

Mengulas aksi di Stadium UM Arena, Kuala Lumpur, Khamis ini, Azizul menjangkakan saingan sengit pasti dijelmakan tuan rumah susulan kemenangan mereka ke atas JDT II.

“Bukan mudah bagi kami, saya perlu merancang taktikal yang sesuai serta berkesan bagi memastikan pemain berjaya menyerap segala tekanan dari tuan rumah.

“Saya tetap yakin dengan keupayaan pemain-pemain USM FC yang pastinya akan memberikan komitmen penuh bagi mendapat keputusan positif”, katanya.

Selepas berakhirnya dua perlawanan, USM FC kini melonjak kedudukan ditangga ke 11 dengan mengumpul 3 mata hasil satu kemenangan dan satu kekalahan.

> Jadual perlawanan

17 September 2026 (Khamis)

UM Damansara United vs USM FC

Stadium UM Arena, Kuala Lumpur / 8.45 mlm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *