AFL

PEMAIN berpengalaman Perak FA, Wan Zack Haikal Wan Noor mengingatkan rakan sepasukan agar tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian ketika ini memandangkan saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 masih panjang.

Merupakan tonggak berpengalaman dalam skuad, Wan Zack Haikal menagih khidmat rakan sepasukan untuk terus bekerja keras bagi memastikan kejayaan pasukan.

“Alhamdulillah dan tahniah buat pasukan Perak FA pada tahun ini, rezeki ditempat yang terbaik, selepas tiga perlawanan kita merekodkan keputusan tanpa kalah, pastinya rasa amat bangga dan syukur dengan prestasi pemain muda.

“Bagi saya ini bukanlah perjalanan yang mudah sebaliknya kita perlu lebih lagi bekerja keras untuk memastikan pasukan Perak FA berada dilandasan terbaik dan konsisten disetiap perlawanan,” katanya.

 

Tambahnya lagi, Selangor FC II merupakan pasukan pilihan dalam saingan Liga A1 2026/2027 memandangkan mereka memiliki pemain-pemain yang baik dan bermain untuk skuad Bawah 23 tahun negara.

“Kita juga ada pemain-pemain muda dan saya harap pasukan Perak FA dapat kekalkan momentum terbaik.

“Pertembungan menentang SFC II Sabtu ini sangat dinanti-nantikan, dimana kita akan lihat pasukan yang mana hebat,” ujar bekas pemain yang pernah berkelana di Jepun bersama kelab divisyen tiga Jepun, FC Ryukyu (2013-2015).

> Jadual perlawanan

26 September 2026 / Sabtu

Perak FA vs Selangor FC II

Kompleks Bolasepak Perak, Chepor / 4.45 petang

**Live Streaming PPV – AFL+

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *