AFL

 THE Blue Fighters perlu berwaspada dengan kebangkitan Bunga Raya FC menjelang pertembungan di Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan, Jumaat ini.

Pengurus pasukan Kelantan City FC, Wan Muhd Ridhuan Wan Abdullah berkata, tuan rumah umpama singa yang terluka susulan kekalahan pada aksi menentang Armed Forces FC, minggu lalu.

“Mereka tewas dan pastinya akan bangkit untuk kembali meraih kemenangan, situasi ini perlu diberikan perhatian buat pemain-pemain Kelantan City FC.

“Saya telah mengingatkan barisan pemain dan kejurulatihan agar berwaspada dengan corak permainan yang bakal dijelmakan Bunga Raya FC memandangkan mereka bermain dilaman sendiri.

“Bagi saya jika pemain dapat menterjemahkan taktikal jurulatih dan tidak melakukan kesilapan mudah, tiga mata pasti milik kami,” ujarnya.

 

Tegasnya, satu mata yang dibawa pulang dari Stadium Darul Aman, menambahkan keyakinan barisan pemain namun itu bukan alasan untuk pemain memandang rendah kemampuan lawan.

“Satu mata di Alor Setar dan kami mahu tiga mata penuh pada aksi di Sendayan, Jumaat ini.

“Tiada yang mustahil dan saya percaya barisan pemain mampu melakukannya,” ujarnya.

Untuk rekod, Kelantan City FC menduduki tangga ke lima dengan mengumpul enam mata manakala Bunga Raya FC dikedudukan ke-10 juga enam mata.

Jadual perlawanan

2 Oktober 2026 (Jumaat)

> Bunga Raya FC vs Kelantan City FC

   Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan / 4.45 ptg

   *Live – Youtube Astro Arena

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *