

BUNGA RAYA FC tekad bangkit meraih kemenangan apabila melayan kunjungan Kelantan City FC pada aksi di Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan petang ini.
Beraksi dilaman sendiri dilihat satu kelebihan buat anak didik Azzmi Ab Aziz selain kemenangan moral perlu dicapai selepas tewas pada aksi minggu keempat.
Bagi Azzmi, anak didiknya perlu segera melupakan kekalahan tersebut dan mengambilnya sebagai pengajaran berguna untuk kembali bangkit mempamerkan aksi sebenar.
“Pengalaman tempoh hari berdepan Armed Forces FC amat sukar dan mengecewakan bagi kami semua, pasukan perlu bangit dan beraksi sebagaimana dipamerkan pada tiga perlawanan awal.
“Serba tidak menjadi dan aksi berdepan Kelantan City FC perlu diterjemahkan dengan keputusan positif dan saya percaya pemain mampu melakukannya,” tegasnya.
Mengulas kemampuan lawan, Azzmi menyifatkan Kelantan City FC merupakan pasukan yang stabil berdasarkan rekod tanpa kalah dalam saingan ketika ini.
“Beraksi dipentas Piala FA juga membuktikan kualiti yang ada pada pemain lawan, tetapi apa pun kita perlu positif untuk aksi dilaman sendiri petang ini.
“Kami harap segala perancangan berjalan lancar dan kemenangan memihak buat pasukan,” katanya.
Jadual perlawanan
2 Oktober 2026 (Jumaat)
> Bunga Raya FC vs Kelantan City FC
Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan / 4.45 ptg
*Live – Youtube Astro Arena
#afl
#ligaa1semipro20262027
