AFL

 

KEDAH FA memiliki strategi tersendiri bagi memerangkap Selangor FC II menjelang aksi penting di Stadium Darul Aman, Alor Setar, malam ini.

Pengendali Kedah FA, Akmal Rizal Ahmad Rakhli, taktikal telah disusun bagi mengharungi aksi perlawanan malam ini dan yakin pasukannya memiliki senjata tersendiri untuk meraih mata penuh.

“Memang bukan mudah, lawan dibarisi pemain muda yang pernah mewakili skuad muda kebangsaan (B17,B19 dan B23).

‘Kami ada taktikal untuk memastikan tiga mata dilaman sendiri, tidak boleh kehilangan mata, ketika ini kita berada dikedudukan ke 11 dan jika menang akan mengumpul lapan mata.

“Jurang perbezaan dengan Selangor FC II jika kita menang malam ini hanyalah dua sahaja, jadi perlawanan malam ini amat penting buat pasukan untuk berada dalam kedudukan lebih baik”, katanya.

Tegasnya, pasukan juga telah mengenal pasti beberapa kelemahan lawan semasa menang ke atas Perak FA dan ia akan dimanfaatkan sepenuhnya.

“Ada beberapa kekurangan pasukan lawan yang saya lihat, kelemahan itu akan memberikan kelebihan buat Kedah FA.

“Kembalinya penyerang import, Raymond Mbunga selepas dibelenggu kecederaan sebelum ini memberikan suntikan motivasi buat pasukan.

“Berdepan Kelantan City FC sebelum ini, kami mencipta beberapa peluang namun gagal diterjemahkan dan kali ini saya percaya masalah ini akan diatasi dengan peranan Raymond Mbunga,” katanya.

Jadual perlawanan

3 Oktober 2026 (Sabtu)

> Kedah FA vs Selangor FC II

   Stadium Darul Aman , Alor Setar / 8.45 mlm

   *Live Streaming PPV – AFL+ https://afl.aflplus-ifs.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *