AFL

TONGGAK utama Kelantan City FC, Ahmad Azraf enggan berputih mata melihat rekod tanpa kalah musnah pada pertembungan menentang Johor Darul Ta’zim II (JDT II) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bahru, Jumaat ini.

Mengakui pelawat berada dalam kelas tersendiri setelah memimpin Liga A1 Semi-Pro 2026/2027 ketika ini, Azraf mahu rakan sepasukan supaya kekal fokus

dan tidak terlalu selesa dengan pencapaian The Blue Fighters ketika ini.

Tegasnya, pertemuan dengan JDT II merupakan antara ujian penting buat Kelantan City FC dalam usaha mengekalkan momentum positif serta membuktikan kemampuan bersaing dengan pasukan kelompok teratas liga.

“Kita tahu JDT II merupakan sebuah pasukan yang mempunyai pemain berkualiti. Mereka kini berada di puncak liga dan sudah pasti mahu mempertahankan kedudukan tersebut.

“Bagaimanapun, kami juga mempunyai misi yang perlu dilaksanakan.

“Rekod tanpa kalah yang dipertahankan sehingga kini perlu menjadi pembakar semangat untuk terus bekerja keras dan memberikan persembahan terbaik di laman Kota Bharu,” tegasnya.

Tambahnya lagi, setiap pemain perlu memberikan sepenuh komitmen sepanjang 90 minit permainan kerana sebarang kesilapan kecil boleh mengundang padah ketika berdepan lawan yang memiliki kualiti dan organisasi permainan yang baik.

“Sudah tentu kita mahu menghadiahkan kemenangan kepada penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan sokongan kepada Kelantan City FC,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *