AFL

ACEIO FC menyimpan hasrat untuk melangkah ke pusingan seterusnya dan mengharapkan pertembungan menentang AZM Rovers FC diperingkat suku akhir pertama Liga A2 Amateur 2025/2026 memberikan keputusan positif.

Menghormati kemampuan kelab dari Kok Lanas, Kota Bharu itu, ACEIO FC yang dipimpin bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Farid Ramli percaya skuad bimbingannya mampu meraih kemenangan.

“Kami hormati pasukan lawan tetapi apabila berada di atas padang, 90 minit perlawanan kita perlu membuktikan kemampuan dan memburu kemenangan untuk aksi timbal balik.

“Pemain-pemain sudah diingatkan agar memberi tumpuan penuh disepanjang perlawanan, saya tidak meletakkan berapa jumlah jaringan yang perlu dihasilkan tetapi percaya pemain mampu melakukannya.

“Tiada tekanan kepada pemain kerana ia akan menjejaskan tumpuan tetapi saya percaya mereka (pemain) mampu melakukaknnya,” tegasnya.

Mengulas prestasi pemain ketika ini, Farid memaklumkan barisan terbaik bakal dipertaruhkan pada aksi di Stadium Mini Penjara Kajang, Sabtu ini.

“Kita telah bersedia dari semua aspek mental dan juga kecergasan, jika semuannya berjalan dengan lancar kemenangan akan berpihak kepada pasukan,” ujarnya.
#afl
#ligaa2amateur
#ligauntuksemua

Jadual perlawanan Suku Akhir Pertama

> 13 Disember 2025 (Sabtu)
ACEIO FC vs AZM Rovers FC
Stadium Mini Penjara, Kajang / 4.45 ptg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *