

AMATEUR Football League (AFL) menjalin kolaborasi bersama Harimau Malaya sebagai Media Rasmi Liga A1 Semi Pro 2025/2026.
Perkongsian strategik ini pastinya akan membuka lembaran baharu pengalaman bola sepak dengan berita eksklusif, kandungan video dan aktiviti disebalik tabir serta analisis mendalam tentang Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.
Jalinan kerjasama strategik ini dipersetujui dan dimeterai diantara Pengerusi AFL, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi bersama Ketua Bahagian Kandungan, Harimau Malaya, Ahmad Firdaus Misnan.
Hadir sama Ahli Lembaga Pengarah AFL, Chiew Cun Yong dan Anwar Mamtaj serta Ketua Pegawai Operasi AFL, Mohd Raimi
Fakri Mohd Fuad.
Tags: AFL ,Harimau Malaya