AFL

SAINGAN Liga Super 2023 yang memulakan tirai malam ini menyaksikan pertembungan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Terengganu FC sememangnya dinantikan peminat kedua pasukan secara khususnya dan amnya penyokong bola sepak tempatan.

Begitu juga debaran dirasai 10 pasukan lain yang melengkapkan senarai pasukan dalam saingan paling berprestij di Malaysia.

Merasai aura Liga Super kali ini juga tidak ketinggalan beberapa pemain Liga Bolasepak Amatur (AFL) yang berjaya memikat hati kelab-kelab Liga Super untuk musim 2023.

Memanfaatkan sepenuhnya saingan Liga M3 musim lalu beberapa pemain yang sebelum ini pernah beraksi dalam saingan Liga Super mahupun Liga Premier kini kembali semula di pentas yang lebih kompetitif.

Selain beraksi dalam Liga Super, beberapa pemain yang bersama pasukan AFL turut mendapat tempat dalam skuad bawah 23 tahun kelab.

Selamat Maju Jaya !!!

PERPINDAHAN PEMAIN LIGA M3 KE LIGA SUPER

> Tew Yi H’Ng (Bukit Tambun FC ➡️ Kelantan United FC)

> Afiq Azuan (Harini Selangor FT ➡️ Kelantan FC)

> Rahman Shah Marajeh (Harini Selangor FT ➡️ Sabah FC)

> Fauzi Majid (Imigresen FC ➡️ PDRM FC)

> Ammar Nuqman Mohd Fatimi (Kijang Rangers FC➡️ Kelantan FC)

> Mohd Sakri Masri (Kinabalu Jaguar FC ➡️ Sabah FC)

> Muhd Norfiqrie Abd. Talib (Kuala Kangsar BRM FC ➡️ PDRM FC)

> Muhd Nur Iqmal Harun (Kuala Lumpur Rovers ➡️ PDRM FC)

> Shafiq Shaharudin (Kuala Lumpur Rovers ➡️ Kelantan FC)

> Farhan Abu Bakar (Kuala Lumpur Rovers ➡️ Kelantan FC)

> Muhd Hadi Mizei @ Termizi (Kuala Lumpur Rovers ➡️ KL City)

> Muhd Faizal Hafiq Omar (Kuala Lumpur Rovers ➡️ KL City)

> Qayyum Marjoni Sabil (PIB FC ➡️ Kuching City FC)

February 24, 2023
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *