AFL

KETUA pasukan Armed Forces FC, Venice Elphi memuji semangat juang dan bertahan rakan sepasukannya hingga berjaya meraih satu mata pada pertembungan menentang Imigresen FC, Ahad lalu.

Menyifatkan rakan sepasukan yang dibarisi ramai pemain muda namun perwatakan yang dijelmakan sebaliknya, Venice yang mula beraksi dalam kancah bola sepak tempatan pada 2018 bersama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ternyata berpuas hati.

“Kesilapan dalam bola sepak memang tidak dapat dielakkan, tetapi positifnya kami bangkit untuk memberikan tekanan dan bertahan dengan penuh disipilin.

“Saingan Liga M3 musim ini lebih kompetitif, saya telah maklumkan kepada rakan sepasukan dan mereka betul memahami keperluan untuk beraksi sebagai satu pasukan,” katanya kepada AFL.

Sementara itu, Ketua jurulatih AFFC, Kevin Lee Cooper gembira membawa pulang satu mata selepas berdepan pasukan berpengalaman seperti The Mighty Tigers.

“Beraksi dalam keadaan padang basah ekoran  hujan sesuatu yang menyukarkan, namun pemain berjaya mengikut segala arahan yang diberikan.

“Kami melakukan sedikit kesilapan tetapi bangkit untuk memberikan tentangan buat lawan,” jelasnya.

Pada aksi di Stadium UPM Serdang, Ahad lalu, AFFC terlebih dahulu menjaringkan gol pada minit ke-13 menerusi Hairul Iqmal namun selang seminit kemudian Ferris Daniel menjaringkan gol penyamaan buat tuan rumah dan keputusan berkenaan kekal sehingga tamat masa perlawanan.

AFFC akan turun beraksi dilaman sendiri menentang Manjung City FC di Stadium Mindef manakala Imigresen FC menanti kunjungan Perlis FC di Stadium UPM, Serdang petang Sabtu ini.

 

 

 

March 15, 2023
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *