

PENYERTAAN sulung AZM Rovers FC dalam saingan Liga A2 Amateur 2025/2026 nyata memberikan impak apabila melangkah ke pentas final selepas mengharungi halangan yang dianggap mencabar buat pasukan yang berpengkalan di Kok Lanas, Kelantan.
Hanya tewas tipis 1-2 pada perlawanan pembukaan berdepan YPM FC, skuad bimbingan Khairul Zal Azmi Zainuddin tidak memandang ke belakang apabila mempamerkan watak selaku juara untuk meraih mata dan mengungguli Zon Timur.
Menjaringkan 18 gol disepanjang saingan, skuad yang rata-rata dibarisi pemain muda dengan digabungkan beberapa pemain berpengalaman antara senjata utama AZM Rovers FC.

Penyertaan bekas pemain berpengalaman, Badhri Radzi juga dianggap satu tonik serta dorongan buat pemain-pemain muda untuk memastikan setiap perlawanan berakhir dengan keputusan positif.
Memiliki kekuatan menerusi serangan dikedua-dua bahagian sayap selain tengah yang kreatif serta penyerang dengan 18 gol telah terhasil memperlihatkan keyakinan tinggi pasukan untuk menamatkan saingan dengan menjulang kejuaraan.
AZM Rovers FC hadir ke pentas final dengan perjuangan yang tinggi dan semangat kesukanan selaras dengan tema yang dilaungkan “THE RED ROVERS -RESPECT ALL, FEAR NONE”.

LALUAN PERJALANAN AZM ROVERS FC
> PUSINGAN PERTAMA
– YPM FC (2) vs (0) AZM Rovers FC
– Raub FC (1) vs (3) AZM Rovers FC
– AZM Rovers FC (1) vs (0) Kuantan City FC
> PUSINGAN KEDUA
– AZM Rovers FC (1) vs (0) YPM FC
– AZM Rovers FC (7) vs (0) Raub FC
– Kuantan City FC (0) vs (1) AZM Rovers FC
> SUKU AKHIR PERTAMA
– ACEIO FC (1) vs (1) AZM Rovers FC
> SUKU AKHIR KEDUA
– AZM Rovers FC (2) vs (0) ACEIO FC
* AZM Rovers FC layak ke pentas separuh akhir dengan 3-1
> SEPARUH AKHIR PERTAMA
– AZM Rovers FC (0) vs (0)Kuala Perlis Titans FC
> SEPARUH AKHIR KEDUA
– Kuala Perlis Titans FC (1) vs (2) AZM Rovers FC
* AZM Rovers FC layak ke pentas akhir dengan agregat 2-1
#afl
#ligaa2amateur202526
#ligauntuksemua