AFL
Ketua jurulatih AZM Rovers FC, Khairul Zal Azmi Zainuddin

AZM ROVERS FC enggan memandang rendah kemampuan Kuantan City FC menjelang aksi terakhir peringkat Zon Timur Liga A2 Amateur 2025/2026 di Padang Sintetik Arena, MBK petang esok.

Sudah pun mengesahkan kemaraan di pentas Suku Akhir, skuad yang berpengkalan di Kok Lanas itu tetap berwaspada ancaman yang bakal dihadirkan tuan rumah yang tetap berpeluang untuk menamatkan saingan selaku juara zon.

Bagi Ketua jurulatih AZM Rovers FC, Khairul Zal Azmi Zainuddin menjelaskan mereka hadir ke Kuantan bukan sekadar melengkapkan jadual perlawanan namun ada misi besar yang perlu dilaksanakan.

“Memang kami sudah layak namun kami mahukan tiga mata petang esok, menamatkan aksi diperingkat zon selaku juara amat bermakna bagi kami dan pemain sudah dimaklumkan situasi ini.

“Tiada istilah hadir untuk bercuti atau sekadar melengkapkan jadual kerana kami mahu kemenangan pada pusingan pertama ditempat sendiri sebelum ini akan berterusan pada aksi petang esok,” katanya.

Tambahnya, prestasi pemain berada dalam keadaan terbaik dan bersedia beraksi untuk menggalas amanah yang telah diberikan.

“Saya beri jaminan barisan terkuat akan diturunkan, jadi disini sudah memperlihatkan kesunggahan kami untuk membawa pulang tiga mata.

“Kehadiran bekas tonggak The Red Warriors (TRW) Mohd. Badhri Radzi dalam kunjungan kali ini merupakan tonik yang berharga buat pasukan.

“Penampilan Mohd. Badhri atau Piya bersama pasukan menjadikan bahagian tengah AZM Rovers FC lebih kemas,” tegasnya.

Seandainya AZM Rovers FC tewas kepada tuan rumah petang esok, tampuk juara Zon Timur akan menjadi milik Kuantan City FC dengan kelebihan satu mata dimana Naib juara akan menentang juara Zon Tengah yang ketika ini sudah sah milik AAK Puncak Alam FC.

 

Perlawanan Seterusnya 

Zon Timur

29 November 2025 (Sabtu)

Kuantan City FC vs AZM Rovers FC

Padang Sintetik Arena, MBK / 4.45 petang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *