AFL

WALAUPUN pada peringkat permulaan menghadapi pelbagai rintangan, tekad komitmen barisan kejurulatihan dan kesungguhan latihan pemain-pemain, akhirnya Kelab Bolasepak Tambun (BTFC) telah memulakan misi “impossible” di Liga M3 2022.

Tidak siapa menjangkakan BTFC yang masih asing dalam kancah bolasepak amatur Malaysia telah memberi saingan hebat kepada pasukan-pasukan lebih berpengalaman seperti Harini, BRM Kuala Kangsar dan Perlis United.

BTFC ditubuhkan untuk mencungkil bakat-bakat bolasepak di peringkat akar umbi dan menggalakkan pemain-pemain menjadikan bolasepak sebagai satu karier mereka.

Kelab cuba mengkomersilkan bolasepak agar kelab ini dapat berdikari tanpa bergantung sepenuhnya kepada sumber tajaan dan bantuan Kerajaan Negeri.

INFO RINGKAS BTFC

> BTFC merupakan sebuah Kelab Bolasepak yang didaftarkan sebagai badan sukan di bawah seksyen 17 Akta Pembangunan Sukan 1997 pada 23 Januari 2019.

> Pada Oktober 2021, terdapat 6 pasukan telah menarik diri daripada penyertaan Liga M3 2022 selepas 2 tahun dibatalkan penganjuran akibat pendemik Covid-19.

> Lanjutan daripada itu, pihak pengurusan BTFC telah mengemukakan permohonan kepada AFL dan memohon sokongan Penang FA.

>Susulan daripada beberapa siri lawatan dan penilaian oleh AFL, permohonan BTFC telah diluluskan selepas mengambilkira Stadium Negeri Pulau Pinang yang bertaraf nasional, kedudukan kewangan yang stabil dengan adanya beberapa tajaan utama serta aktiviti komersil kelab dan pihak pengurusan yang professional.

Presiden Kelab : Foo Yu Keong

Penasihat Kelab: Goh Choon Aik

Pengurus : Muniandy Arumugom

Ketua JUrulatih : Mahamud Harun

Pen Jurulatih: Hasbul Hazani  Daud

Jurulatih Kecergasan : Jegatheesvan A/l Ayasamy

Jurulatih Penjaga Gol:Ramajayam A/l Krishan

Physio: Irsyad Zularis

Kitman: Mohd Arif Shafia Zamzabidi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *