AFL

AAK Puncak Alam FC tidak mahu dibuai dengan tanggapan pasukan pilihan dan menganggap semua pasukan memiliki peluang untuk melangkah ke pentas akhir Liga A2 Amateur 2025/2026.

Hadir dengan reputasi rekod tanpa kalah dan juara Zon Tengah, skuad yang berpengkalan di Sungai Buloh, Selangor ini bakal berdepan YPM FC selaku naib juara Zon Timur pada aksi suku akhir pertama, Sabtu ini.

Ketua jurulatih AAK Puncak Alam FC, Hasmawi Hassan berkata, pasukan hadir ke tempat lawan dengan semangat menyerang memburu kemenangan untuk bekalan aksi kedua ditempat sendiri.

“Kami menghormati YPM FC namun pada masa sama inginkan gol serta kemenangan, berdasarkan situasi semasa pasukan inilah yang akan kami sajikan pada perlawanan Sabtu ini.

“AAK Puncak Alam FC tidak akan sesekali berganjak dengan hadir hanya untuk seri, kita mahukan kemenangan untuk tambah baik aksi kedua di Kuala Selangor nanti,” katanya.

 

Mengenai tanggapan antara pasukan pilihan, Hasmawi yang juga merupakan bekas pemain kebangsaan (2002) tidak mahu situasi ini menggangu prestasi pasukan dan mengharapkan pemainnya memberikan tumpuan penuh dalam setiap perlawanan.

“Dari segi peribadi saya tidak suka melihat benda ini berlaku dan hanya mahukan pemain fokus satu persatu, Alhamdulillah apa sahaja jangkaan luar yang berlaku kami terima secara postif dan saya tidak letakkan tekanan kepada pemain.

“Persiapan paling penting kita kena kenal pasti dengan siapa pasukan kita lawan, kena cepat nilai kekuatan dan kelemahan lawan, untuk aksi ditempat lawan ini, perlu ada disipilin tinggi dan bersedia dengan tekanan,” tegasnya.

Tambahnya, keserasian dikalangan pemain kini menjadi taruhan untuk merobek gawang sambil peranan penjaring terbanyak Liga A2 setakat ini iaitu Muhammad Fa’es Hafize terus ditagih.

“Faiz jalankan tanggungjawab sangat baik dibantu rakan sepasukan, jadi saya harapkan konsisten ini akan berterusan sehinggalah tamat saingan.

“Begitu juga barisan pertahanan dan tengah, dari segi pergerakan kami bergerak sebagai satu unit,” jelasnya yang memulakan karier selaku pemain bola sepak bersama Penang FA, Kedah FA, Felda United FC, Negeri Sembilan dan Penang FA (1998 hingga 2013).

Mengulas kekuatan pasukan lawan, Hasmawi melihat YPM FC adalah pasukan yang kuat dan sukar ditewaskan.

“YPM FC ini adalah pasukan berpengalaman, meraka sudah agak lama bersama sebagai satu pasukan, kita jangkakan kualiti yang tinggi dari mereka,” ujarnya.

#afl

#ligaa2amateur2025

#ligauntuksemua

 Jadual perlawanan Suku Akhir Pertama

> 13 Disember 2025 (Sabtu)

YPM FC vs AAK Puncak Alam FC

Stadium Mini SSMP, Gambang / 4.45 ptg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *