AFL
Pengendali IFC II, Azlan Ahmad

MENYEDARI saingan Liga A1 Semi Pro musim 2025/2026 lebih kompetitif dengan penyertaan beberapa pasukan berstatus negeri, Imigresen FC II tekad berada dikelompok lima terbaik.

Menamatkan saingan dikelompok kedua terbaik pada dua edisi sebelum ini, pasukan yang diberi jolokan The Mighty Tigers ini yakin kombinasi pemain sedia ada dan baharu yang berpengalaman mampu memberikan saingan kepada pasukan lain.

Bagi pengendali IFC II, Azlan Ahmad, pasukan mengekalkan sembilan pemain lama untuk bergandingan dengan muka-muka baharu yang hadir dengan reputasi berkualiti.

“Kita membawa masuk pemain muda baharu yang ada pengalaman dalam liga bola sepak tempatan, selain mengekalkan pemain pertahanan import (Brazil) Felipe De Lima Ribeiro dan akan membawa masuk penyerang import baharu”, ujarnya ditemui AFL selepas aksi persahabatan menentang PDRM FC di Stadium UPM, Serdang.

Tambahnya lagi, memandangkan saingan kali ini disertai JDT II, Selangor FC II, Kedah dan Perak, perebutan kejuaraan pastinya sengit namun anak didiknya tekad memberikan yang terbaik.

“Saingan kali ini bukan sama seperti sebelumnya, jadi secara peribadi saya ingin memastikan IFC II menamatkan aksi dalam kelompok lima terbaik” katanya.

IFC  mempunyai rekod yang cemerlang dalam saingan Liga A1 apabila merangkul kejuaraan pada 2023/2024 dan meraih gelaran naib juara pada musim lalu.

> Info Ringkas Imigresen FC II

Ketua Jurulatih : Azlan Ahmad

Gelanggang : Stadium UPM, Serdang

Pencapaian musim lalu : Naib juara

Gelaran : The Mighty Tigers

#afl

#ligaa1semipro

#ligauntuksemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *