

“BERAKSI dipentas final Liga A2 Amateur adalah pencapaian terbaik dalam karier bola sepak dan saya tekad memastikannya ianya menjadi kenyataan”, jelas benteng terakhir USM FC, Muhammad Hazrull Hafiz Zulkifly.
Beraksi cemerlang pada pertembungan di separuh akhir pertama berdepan AAK Puncak Alam FC dilaman sendiri, Hazrull yakin dia dan rakan sepasukan mampu mengekalkan rentak konsisten tersebut.
Jelasnya, menjadi impian dia dan rakan sepasukan untuk berada dalam kelompok dua terbaik selepas mengekalkan rekod tanpa kalah disepanjang kejohanan musim ini.
“Kami semua sudah bersedia dari segi mental dan juga fizikal, berdepan AAK Puncak Alam FC ditempat lawan bukanlah tugas mudah namun kami berjanji akan memberikan aksi yang terbaik.
“Beraksi dipentas akhir adalah pencapaian terbaik saya sepanjang karier bola sepak ketika ini dan itulah impian saya serta rakan sepasukan,” ujarnya yang merupakan kakitangan Universiti Sains Malaysia (USM).

Hazrull berkata, keyakinan dan kejayaan berterusan mampu diraih pada aksi kedua di Stadium Utama, Kuala Selangor, Sabtu ini.
“Segala perancangan telah disusun jurulatih dan kami sebagai pemain akan mengikuti taktikal, sentiasa memberikan tumpuan sepenuhnya dan mengelakkan melakukan kesilapan,” katanya.
Pada aksi separuh akhir pertama Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang kedua-dua pasukan terikat seri tanpa jaringan.

Jadual perlawanan Separuh Akhir Kedua
> 10 Januari 2026 (Sabtu)
AAK Puncak Alam FC vs USM FC
Stadium Utama, Kuala Selangor / 4.15 petang