AFL

EDISI pertama MBSB Bank Championship 2023 dianggap dramatik dan mendebarkan apabila perebutan kejuaraan membabitkan tiga pasukan dengan jurang perbezaan mata yang rapat diantara satu sama lain ditentukan pada perlawanan terakhir yang dijalankan secara serenatak.

Saingan yang bermula 4 Mac 2023 dan berakhir 21 Oktober 2023 membabitkan 165 perlawanan telah dijalankan mengikut format liga membabitkan sekurang-kurangnya enam perlawanan setiap minggu.

Kuala Lumpur Rovers, Imigresen FC dan Harini Selangor FT antara tiga pasukan yang bepeluang untuk bergelar juara dengan jurang perbezaan mata yang kecil diantara satu sama lain dimana pasukan yang meraih kemenangan pada aksi terakhir memiliki peluang cerah untuk bergelar juara,

Pengerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, gelaran kejuaraan MBSB Bank Championship 2023 sah menjadi milik Imigresen FC hasil kemenangan 1-0 ke atas Melaka FC di Stadium Hang Tuah, selepas KL Rovers hanya mampu terikat seri 1-1 pada aksi di Stadium UPM, Serdang.

“The Mighty Tigers menamatkan saingan selepas memgumpul 55 mata hasil 17 kemenangan, seri empat dan tiga kekalahan manakala Kuala Lumpur Rovers naib juara dibezakan hanya satu mata selepas mencatatkan 16 kemenangan enam seri dan dua kekalahan.

“Tempat ketiga pula milik Harini Selangor FT yang mengumpul 51 mata manakala Bukit Tambun FC ditempat keempat dengan 48 mata.

Mengulas saingan MBSB Bank Championship 2023, Mohd Yusoff melihat ianya satu kejayaan hasil kerjasama dengan MBSB Bank bagi menghangatkan kancah saingan bola sepak tempatan.

“Tahniah saya ucapkan buat Imigresen FC yang menjuarai edisi sulung, tidak lupa juga buat KL Rovers selaku naib juara manakala Harini Selangor FT ditempat keliga, bagi saya semua pasukan yang bertanding telah memberikan saingan yang sengit serta persembahan yang berkualiti.

“Tidak lupa juga buat penaja utama kita MBSB Bank Berhad yang sentiasa bersama AFL untuk memastikan saingan musim pertama ini berjalan lancar di samping memperkasakan lagi pertandingan ini untuk kemajuan bola sepak sejagat dengan pelancaran kempen atau program yang berfaedah kepada pasukan yang pemain khususnya ,” ujarnya.

Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MBSB Bank, Datuk Nor Azam M. Taib berkata, pihaknya mengucapkan tahniah kepada Imigresen FC yang muncul sebagai juara pada musim ini.

“Semoga kejayaan mereka menyuntik semangat kepada semua kelab di AFL untuk terus berdaya saing dan lebih maju jaya di masa akan datang.”

Tambahnya lagi, penganjuran MBSB Bank Championship 2023 merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan dan kami bersyukur ianya berjalan dengan lancar di mana kerancakkannya berterusan hingga ke perlawanan minggu terakhir.

Sebanyak 13 pasukan berentap merebut piala MBSB Bank Championship 2023 dan mereka terdiri daripada, Imigresen FC, KL Rovers, Harini Selangor FC, Bukit Tambun FC, Sains FC, Malaysia University Football Team (MUFT), Perlis United FC, PIB Shah Alam FC, Armed Forces FC, Melaka FC, Manjung City FC, Sarawak United FC dan Naga Ultimate FC.

Bersempena MBSB Bank Championship 2023, MBSB Bank juga menganjurkan kempen ‘Dare To Dream’, di mana 12 pemain AFL yang terpilih akan berpeluang untuk berlatih di Compton Park Training Ground di England.

Kempen ‘Dare To Dream’ juga menawarkan peluang kepada 500 pemegang akaun simpanan M Junior-i MBSB Bank yang terpilih untuk menyertai latihan bola sepak bersama jurulatih Wolverhampton Wanderers atau Wolves di Kuala Lumpur.

Manakala, lapan (8) pemenang kempen ‘Winners Are Dreamers’ pula berpeluang untuk menonton Piala Liga Inggeris (EPL) di England bersama pasangan masing-masing.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *