

Pemain sayap Imigresen FC II, Hazim Abu Zaid mahu memastikan kehadiran mereka ke Kompleks Bolasepak Perak, Chepor menentang Perak FA berakhir dengan keputusan positif untuk dibawa pulang ke ibu kota.
Mengakui Perak FA merupakan pasukan yang berkualiti namun bakat muda kelahiran Kuala Sungai Baru, Melaka ini bagaimanapun yakin dengan kemampuan rakan sepasukan pada pertembungan yang dianggap seimbang buat kedua-dua pasukann.
“Kami hadir dengan semangat memburu kemenangan, kami semua sudah bersedia untuk berdepan Perak FA digelanggang mereka.
“Saya berharap rakan sepasukan semua dapat memberikan aksi yang konsisten dan bertenaga dari awal permainan sehinggalah tamat.
“Jika segala perancangan berjalan lancar, tiga mata mampu dibawa pulang,” tegasnya.
Untuk rekod selepas berakhirnya perlawanan minggu ke-11 Liga A1 Semi-Pro 2025/2026, Imigresen FC II kini berada dikedudukan kelima liga mengumpul 19 mata hasil lima kemenangan, empat seri dan dua kekalahan.
Bagi Perak FA pula, mereka berada dikedudukan kedua liga dengan lima mata membezakan lawan setelah meraih tujuh kemenangan, tiga seri dan satu kekalahan.

> Perlawanan Minggu Ke-12
14 Nov 2025 (Jumaat )
Perak FA lwn Imigresen FC II
Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor / 4.45 ptg
*Live – Youtube Astro Arena