AFL

KECUNDANG dalam kelompok empat terbaik musim lalu, Kelab Bola Sepak Imigresen meletakkan sasaran melangkah ke pentas Liga Super 2024.

Sifirnya mudah sahaja, menamatkan saingan Liga M3 musim ini dikedudukan dua terbaik dikalangan 14 pasukan yang bertanding slot pentas tertinggi Liga Malaysia (Liga-M) itu akan menjadi milik mereka.

Namun bagi pengendali Imigresen FC, Mat Zan Mat Aris semuannya itu bukanlah tugas mudah memandangkan beberapa pasukan lain berpotensi untuk mengagalkan impian pasukan.

“Kalau  tengok musim lepas, kami terkandas di separuh akhir (PIB Shah Alam FC) yang bergelar juara.

“Jadi untuk musim ini pengurusan memang meletakkan sasaran berada dikedudukan dua teratas Liga M3,” tegasnya.

Sebahagian kesebelasan utama Imigresen FC yang bakal membawa cabaran musim ini.

Mat Zan bukanlah nama asing dalam kancah bola sepak tempatan khususnya selaku jurulatih selepas membimbing beberapa pasukan Liga Super dan Liga Premier.

Mengulas persiapan pasukan menjelang sepak mula yang dijadualkan 4 Mac nanti, Mat Zan melihat masih ada beberapa kelompongan yang perlu segera diatasi.

“Skuad kali ini dibarisi gabungan pemain lama dan baharu serta kakitangan Imigresen itu sendiri, jadi ia bukan tugas yang mudah untuk mencari keserasian.

“Sebagai satu pasukan, memang perlu ada persefahaman dikalangan pemain itu, bila menyerang macam mana, bertahan semua ini diterapkan dalam beberapa perlawanan persahabatan dan latihan.

“Kita telah nampak kelebihan yang ada pasukan selepas hampir lapan minggu menjalani latihan, begitu juga kekurangan dan ia akan diatasi sebelum sepak mula,” tegasnya.

Tambahnya lagi, kehadiran beberapa bekas pemain Liga Super dan Premier bukanlah alasan pasukan untuk mendabik dada kerana pasukan lain turut dibarisi pemain berpengalaman.

“Bukan hanya sekadar nama sahaja, kalau tidak boleh beri impak pada pasukan tidak guna, jadi pemain seperti Hafiz Kamal, Ferris Danial perlu berikan sumbangan buat pasukan,” ujarnya.

Sebagai persiapan Liga M3 musim ini, Imigresen FC telah mengadakan beberapa perlawanan persahabatan termasuklah dari kelab Liga Super, Premier dan pasukan Liga M3.

Pasukan tersebut ialah Selangor FC, Kelantan United FC, Perlis United dan Malaysia University.

INFO RINGKAS IMIGRESEN FC

Presiden Kelab : Dr. Muhammad Syahmi Bin Jaafar

Pengurus : Mohd Iqmal Haqimie Abdullah

Ketua Jurulatih : Mat Zan Mat Aris

Penolong Ketua Jurulatih : Norhudahiroshi Bin Razak

Jurulatih Kecergasan : Norhudahiroshi Bin Razak

Jurulatih Penjaga Gol : Mazlan Abdul Wahid

Physio : Nursuliana Mohd sofian

Kit Man : Mohd Tashriq Fikrirullah Wan Mohd Noor

Local General Coordinator : Mohd Adli Abd Samad

Gelanggang : Stadium UPM, Serdang

Pencapaian musim lalu : Separuh Akhir

Pemain tumpuan : Hafiz Kamal, Ferris Danial

Laman Sosial :

Facebook Page : imigresenfootballclub

Instagram : ifc_malaysia

Youtube Chanel : imigresen football club

Tiktok : ifc_malaysia

 

February 23, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *