AFL
Ikmal meledak gol memastikan pasukan meraih satu mata untuk terus memimpin Liga MBSB Bank Championship 2023.

KEMARAU jaringan yang menghantui Muhamad Ikmal Mohd Idris akhirnya terlerai selepas menjaringkan gol buat KL Rovers ketika berdepan Imigresen FC dengan keputusan 1-1 pada aksi minggu ke 21 MBSB Bank Championship 2023 di Stadium UPM, Serdang, Ahad.

Mengakui inilah jaringan gol yang dinantikan selepas 19 perlawanan, bekas pemain PIB Shah Alam FC yang menyertai KL Rovers melihat jaringan ini membakar semangat buat dirinya untuk terus mencipta nama dan pada masa sama membantu pasukan meraih kemenangan.

“Selepas 19 perlawanan ini merupakan gol pertama saya hasil usaha keras berpasukan yang sering diterapkan dalam sesi latihan dan perlawanan.

“Berdepan dengan sesiapa sahaja, tidak kira besar atau kecil saya langgar sahaja, komitmen 100 peratus akan diberikan dan mengharapkan aksi konsisten ini mampu diteruskan pada perlawanan seterusnya.

“Saya ingin terus mencetak nama selaku penjaring gol dan mengharapkan ianya mampu menjadi kenyataan,” katanya kepada AFL.

Pada perlawanan tersebut, jaringan Muhamad Ikmal pada minit ke-34 meletakkan pasukan didepan sebelum Imigresen FC menyamakan kedudukan menerusi sepakan penalti menerusi Abdul Azim Rahim dipenghujung babak pertama.

Selepas berakhirnya minggu ke 21, KL Rovers masih kekal menerajui Liga MBSB Bank Championship dengan 46 mata, Harini Selangor FT (40) dan Imigresen FC (39).

 

Kedudukan terkini setiap pasukan setakat 10 September 2023.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *