AFL

PENJARING gol pertama saingan Liga M3 musim lalu, Khairul Asyraf Sahizah tekad memastikan gelaran yang diraih musim lalu dapat dikekalkan pada penampilan bersama Imigresen FC.

Khairul Asyraf bakal turun menentang kelab lamanya, BRM FC yang kini dikenali BRM Kuala Kangsar FC pada aksi pertama kedua-dua pasukan di Stadium Sitiawan, Perak petang ini.

Mengakui bukan mudah mengekalkan gelaran diraih musim lalu, anak jati Perak yang menyambut kelahiran pada 8 Mac 1994 menyifatkan selaku penyerang memang tugasnya menjaringkan gol.

“InsyAllah jika diberikan peluang beraksi petang ini, saya mahu menjadi penjaring gol pertama saingan musim ini, selain itu saya mahukan kemenangan buat pasukan.

“Berhadapan dengan kelab lama memang bermacam-macam fikiran terlintas, hampir setahun saya bersama BRM mereka umpama keluarga saya dan hubungan kami semua baik.

“Tetapi inilah lumrah dalam bola sepak, berpindah dari satu pasukan ke pasukan yang lain,” katanya kepada AFL.

Mengulas impian mahu dicapai musim ini, Khairul Asyraf mahu menjadikan pentas Liga M3 sebagai batu lonjakan buat dirinya dan juga pasukan untuk berakdi dalam saingan Liga Super 2024.

“Pengalaman musim lalu bersama BRM FC akan digunakan sepenuhnya membantu Imigresen FC, memang impian saya ingin bermain dalam Liga Super,” jelasnya.

Khairul Asyraf bukanlah nama asing dalam saing liga bola sepak tempatan khusunya Liga M3 apabila dia pernah membarisi UiTM FC, Perak FC II, PKNP FC dan Perak sebelum bersama BRM FC musim lalu.

Bersama Imigresen FC musim ini, pemain yang menginjak usia 29 tahun ini tekad memadamkan rekod 10 gol yang dihasilkan musim lalu.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *