AFL

KELAB Bolasepak Kuala Lumpur Rovers menyifatkan perjalanan dalam saingan Liga M3 musim 2023 masih jauh walaupun dilihat tidak berdepan masalah menewaskan Persatuan Bola Sepak Universiti Malaysia (MUFA), 3-0 di Stadium UKM, Bangi, Sabtu lalu.

Pengendalinya, Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui walaupun menang dengan jumlah jaringan agak besar namun masih banyak lagi perlu diperbaiki bagi memastikan aksi konsisten pada setiap perlawanan.

“Kita menentang pasukan yang dibarisi pemain muda yang mempunyai corak permainan pantas namun kelebihan yanga da pada kami adalah pengalaman berada dalam situasi seumpama ini.

“Barisan pemain memberikan komitmen 110 peratus dan mengikuti segala perancangan yang ditetapkan, Alhamdulillah kami berjaya meraih tiga mata penuh,” tegasnya.

Pada aksi yang tersebut gol pelawat dijaringkan Rafie Mat Yaacob minit ke-9, Amirul Ashraf (m-44) dan Afiq Razali (m-64).

Tambah Wan Mustaffa, anak didiknya perlu memperkemaskan benteng pertahanan yang dilihat sedikit goyah apabila berjaya dibolosi pemain tuan rumah.

“Pasukan masih belum mantap sepenuhnya, pertahanan perlu dikukuhkan sebagai satu pasukan kerana saya lihat lawan memiliki peluang menjaringkan gol.

“Kami perlu segera mengatasi masalah ini,” ujarnya yang kini bersedia berdepan Perlis United FC di Stadium UNIMAP, Pauh, Perlis, 11 Mac nanti.

 

March 6, 2023
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *