AFL

JARINGAN pada masa kecederaan separuh masa kedua memastikan tiga mata penuh buat Imigresen FC setelah menang 1-0 menentang Kuala Kangsar BRM FC, petang tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Padang Astaka Sitiawan, Perak, tandukan Azim Rahim nyata berjaya memisahkan kedudukan kedua-dua pasukan dalam perlawanan yang dilihat seimbang.

Imigresen FC yang dibimbing Mat Zan Mat Aris mempertaruhkan skuad terbaik yang dibarisi Hafiz Kamal dan Feris Danial dalam kesebelasan utama.

Tuan rumah juga tidak kurang hebatnya dengan beberapa bekas pemain Liga Super antaranya Nazrin Nawi memperkuatkan pasukan.

The Mighty Tigers lebih banyak mendominasi perlawanan pada babak pertama dengan beberapa peluang menjaringkan gol terhidang namun kegagalan ketumpulan jentera serangan memastikan tiada gol terhasil pada 45 minit pertama.

Corak permainan lebih agresif dipamerkan kedua-dua pasukan pada babak kedua dengan BRM Kuala Kangsar FC mula mempamerkan watak menyerang.

Ketika perlawanan bakal berkesudahan dengan keputusan seri tanpa jaringan, Azim muncul wira pasukan selepas menjaringkan gol pada masa kecederaan untuk tiga mata mutlak buat Imigresen FC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *