

LIMA pasukan dalam saingan Liga A1 Semi-Pro yang berada dikelompok lapan terbaik kini bersaing hebat memburu slot ke pentas Piala Malaysia 2025-2026 yang dijangka memulakan saingan pada Januari 2026.
Selangor FC II, Johor Darul Ta’zim II dan Imigresen FC II yang merupakan pasukan ‘feeder’ sudah pasti tidak menyertai perebutan tersebut yang pastinya membuka ruang kepada lima pasukan lain.
Perak FA, Kedah FA, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), UM-Damansara United dan Armed Forces FC antara pasukan yang mengintai peluang beraksi dalam kancah Piala Malaysia 2026.

Berbaki dua perlawanan bagi Kedah FA dan KRW FC, tiga (Perak FA, Armed Forces FC) dan empat (UM-Damansara United) sebelum berakhir pusingan pertama, kesemua pasukan kini mula mencongak peluang menempatkan diri berada dikelompok tiga terbaik.
Berdasarkan kedudukan semasa selepas perlawanan yang berlangsung pada 1 Disember 2025, Perak FA berada ditangga teratas dengan 25 mata, Kedah FA (24 mata) KRW FC, (22 mata), UM-Damansara United (19 mata) dan Armed Forces FC (18 mata).

Jurang mata diantara kelima-lima pasukan ketika ini yang rapat selain baki beberapa perlawanan mengambarkan persaingan sengit bakal disajikan setiap pasukan untuk meraih kemenangan.
Melihat kepada prestasi pasukan, peluang buat kelima pasukan dilihat seimbang dan sebarang keciciran mata dalam baki perlawanan akan menghancurkan impian untuk beraksi dipentas Piala Malaysia 2026.

Musim lalu tiga pasukan dari Liga A1 Semi-Pro yang bersaing dalam kancah Piala Malaysia adalah Melaka FC, PT Athletic FC dan KL Rovers FC.

Tags: Piala Malaysia 2025-2026