AFL

 

MAHSA City FC tekad memastikan kemenangan berdepan Bunga Raya FC, Sabtu ini.

MAHSA City FC tekad meleburkan rekod tanpa kalah Bunga Raya FC apabila kedua-dua pasukan berentap pada aksi di Stadium Mini Universiti, MAHSA, Sabtu ini.

Menyedari bukan satu tugas mudah, MAHSA City FC yang turun selaku tuan rumah akan membariskan barisan terkuat dalam misi serampang dua mata meraih tiga mata penuh dan mencalarkan rekod pasukan lawan.

Ketua jurulatih MAHSA City FC, Mohd Shaipul Abd Kadir berkata, aksi kelima buat kedua-dua pasukan pastinya rancak dengan skuad kendaliannya mengimpikan kemenangan ketiga.

“Kami perlu memenangi perlawanan ini untuk mengukuhkan kedudukan dalam kelompok tiga terbaik Zon 1 Al Ikhsan Cup 2023.

“Tiga mata diraih akan memastikan laluan ke peringkat seterusnya terbuka luas, pada masa sama jika kita menang, rekod pelawat yang masih belum tewas selepas empat perlawanan berakhir,” katanya ketika ditemui Amateur Football League (AFL).

Tambahnya lagi, berhadapan dengan pelawat bukan sesuatu tugas yang mudah namun yakin kemampuan anak didiknya selain sokongan pemain ke-12 akan menaikkan semangat barisan pemain.

“Kami akan turun dengan pasukan terbaik untuk perlawanan yang penting buat pasukan serta mengharapkan segala perancangan berjalan dengan lancar,” tegasnya.

Selepas empat perlawanan MAHSA City FC kini berada dikedudukan keempat dalam Zon 1 dengan meraih enam mata manakala Bunga Raya FC unggul tanpa sebarang kekalahan untuk memimpin kumpulan dengan 10 mata.

Lain-lain perlawanan dalam Zon 1 adalah pertembungan MPPD FC berdepan Cyberfox FC (Padang Merdeka, Port Dickson) dan Republic of Borneo menanti kunjungan JAKIM FC di Stadium Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *