AFL
Alex antara pemain berpengalaman musim lalu yang terus mengalas cabaran YPM FC musim ini.

NAIB juara Al Ikhsan Cup 2023, YPM FC yang dinaikkan pangkat beraksi dipentas MBSB Bank Championship 2024/25 tidak mahu kehadirannya dilabel sebagai pelengkap jadual dan lubuk mata kepada pasukan lain.

Tampil dengan reputasi menyakinkan, pasukan yang berpengkalan di Kuantan ini dibarisi bekas pemain kebangsaan dan Liga Super pastinya ingin membuktikan kemuncullannya adalah tepat selaku dua pasukan terbaik yang layak secara merit.

Bagi Penolong pengurus YPM FC, Jauhary Ramly, menyedari saingan MBSB Bank Championship 2024/25 lebih kompetitif dan sengit pasukan telah membuat persiapan dari awal tahun ini.

“Kami tidak mahu penampilan sulung pasukan dalam saingan musim ini dianggap skuad  belasahan untuk pasukan lain meraih tiga mata penuh.

“Usaha memantapkan pasukan telah bermula Januari tahun ini dengan penekanan kepada kecergasan dan keserasian dikalangan pemain sedia ada dan beberapa muka baharu,” katanya.

Latihan dan siri perlawanan persahabatan kini giat dijalankan bagi memantapkan pasukan.

Tambahnya lagi, beberapa siri latihan dan perlawanan persahabatan telah diadakan bagi menilai serta mempertingkatan kualiti semua pemain.

“Beberapa perlawanan telah diaturkan dan berlangsung antaranya menentang skuad bawah 23 tahun Pahang dan Akademi Mokhtar Dahari (AMD).

“Ketika ini persiapan pasukan masih 60 peratus dengan kombinasi pemain sedia ada serta beberapa muka baharu yang bakal dibawa masuk, segalanya berjalan lancar dan pasukan akan lengkap sepenuhnya sebelum saingan bermula awal Mei nanti,” ujarnya kepada AFL, hari ini.

Perjalanan YPM FC dalam saingan Al Iksan Cup 2023 sangat menarik bermula dari peringkat kumpulan sehingga tewas 1-2 ditangan Uitm United pada aksi final di Stadium UiTM, Shah Alam.

Bekas pemain kebangsaan, Azamuddin Akil atau lebih mesra dengan gelaran Alex antara beberapa pemain yang menabur bakti bersama YPM FC musim lalu dan khidmatnya terus ditagih bagi saingan MBSB Bank Championship 2024/25.

Selain itu, pasukan ini dijangka membawa masuk ubi-ubi muda yang pastinya akan memberikan impak buat pasukan selain pengalaman pemain-pemain sedia ada dalam pasukan.

Pemain ke-12 turut memainkan peranan penting sama ada aksi dilaman sendiri mahupun ditempat lawan.

Pencapaian YPM FC musim 2023

Venue                           :  Stadium Mini Sekolah Sukan Malaysia, Gambang

  • Peringkat Kumpulan

Menang                       : 5

Seri                               : 2

Kalah                            : 1

Jaringan                       : 14

Bolos                            : 7

Mata Keseluruhan     : 17

  • Peringkat kalah mati
  • Suku Akhir: YPM FC (1)  vs JAKIM FC (0)
  • Separuh Akhir: YPM FC (2) vs MPPD FC (1)

Penjaring Terbanyak                 : Fauzi Roslan, Badrul Amin Jesmi (3 Gol)

Pemain Paling Menyerlah        : Shahrul Aizad, Amir Eimran Mohd Yusni

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *