

Meraih tiga mata penuh berdepan Armed Forces FC ditempat lawan, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC) masih belum berpuas hati dengan corak permainan yang dipamerkan pada perlawanan tersebut.
Itulah rumusan yang disuarkan pengendali KRW FC, Irfan Bakti Abu Salim selepas skuad bimbingannya menang tipis 1-0 ke atas lawan yang menyaksikan pemainnya terpaksa bertahan khususnya ada babak kedua.
Masih meletakkan ketiadaan penyerang utama antara sebab mereka sukar menjaringkan gol, Irfan Bakti mengakui terpaksa mencipta watak baharu kepada pemain untuk mereka menggalas tanggungjawab selaku penggempur pasukan.
“Saya masih belum puas hati dengan beberapa insiden yang tidak sepatutnya dilakukan oleh pemain saya, mengambil mudah dalam perlawanan ini.

“Armed Forces walaupun dalam keadaan kalah dia bermain seperti biasa dengan kelajuan, usaha keras, walau macam mana pun Alhamdulillah tiga mata dan kemenangan kedua ditempat lawan,” ujarnya ditemui selepas perlawanan.
Tambahnya lagi, isu ketumpulan penyudah masih membelenggu pasukan dari awal musim sehingga kini dan mengharapan ianya mampu diatasi dengan kemasukkan penyerang import baharu.
“Kami memang dari awal musim sukar jaringkan gol, tidak ada penyerang sebenar sehingga saya terpaksa mencipta (memberikan) tugas kepada Emmanuel Mbarga dan Rafie Mat Yaacob walaupun kita tahu itu bukan posisi mereka,” tegasnya.
Pada perlawanan yang berlansung di Stadium MINDEG, Kuala Lumpur jaringan tunggal menerusi sepakan penalti pada minit ke-20 yang disempurnakan Mbarga memastikan tiga mata buat KRW FC.
KRW FC kini berada dikedudukan kesembilan selepas meraih empat menang dan seri serta tiga kekalahan untuk mengumpul 16 mata.
Selepas ini skuad bimbingan Irfan Bakti akan menanti kunjungan Kedah Darul Aman FC di Kota Bharu pada perlawanan minggu ke-12 yang dijadualkan pada 17 November 2025.
#afl
#ligaa1semipro
#ligauntuksemua