AFL

KETUA jurulatih PT Athletic FC, Nazrulerwan Makmor menyifatkan pengalaman dimiliki barisan pemainnya menentukan tiga mata penuh selepas dipaksa bekerja keras oleh Malaysian University sebelum menang tipis 1-0 pada aksi di Stadium MMU, Cyberjaya.

Mengakui menarik nafas lega selepas wisel penamat dibunyikan, Nazrulerwan mengakui bukan tugas mudah berdepan MUFT yang rata-rata dibarisi pemain muda serta mempunyai tahap kecergasan yang tinggi.

“Tahniah buat pemain saya, mereka tunjukkan permainan yang baik cuma bila bertemu dengan pasukan seumpama MUFT yang merupakan pemain muda mereka memberikan saingan.

“Cuma ada masanya kita tidak boleh nafikan pengalaman itu penting dalam bola sepak,” jelasnya kepada AFL selepas perlawanan.

Pada perlawanan tersebut, PT Athletic FC memperolehi jaringan tunggal menerusi jaringan Hafiz Ramdan pada minit ke 21 untuk kemenangan 1-0 ke atas pelawat.

Nik Amin bertindak cemerlang apabila menafikan sepakan penalti dipenghujung perlawanan.

Pelawat berpeluang menyamakan kedudukan dipenghujung perlawanan apabila dihadiahkan sepakan penalti namun ketangkasan penjaga gawang PT Atheltic FC, Nik Mohd Amin Ahmad memastikan gawang tidak dibocori.

Kemenangan tersebut memastikan PT Atheltic FC menerajui Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025 mengumpul 23 mata selepas 11 perlawanan dengan kelebihan tiga mata ke atas Melaka FC yang kurang beraksi satu perlawanan.

Rekod lima perlawanan PT Athletic FC 

> 1 September 2024 (Ahad)

  • PT Athletic FC 1-0 MUFT

>  24 Ogos 2024 (Sabtu)

  • PIB Shah Alam 0 – 2 PT Athletic FC

> 17 Ogos 2024 (Sabtu)

  • YPM FC 1 – 4 PT Athletic FC

> 10 Ogos 2024 (Sabtu)

  • PT Athletic FC 3 – 0 UiTM United

> 2 Ogos 2024 (Jumaat)

  • PT Athletic FC 1 – 0 Melaka FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *