AFL

GAGAL meraih mata penuh dalam dua perlawanan sebelum ini, Kelab Bola Sepak Persada Integriti Bersatu (PIB) Shah Alam FC tekad meraih kemenangan pertama menjelang aksi menentang Harini Selangor FT, Sabtu ini.

Tegas pengendali PIB Shah Alam FC, Yusrizal Yusoff, anak didiknya pasti bangkit menentang Harini Selangor FT dilaman sendiri.

“Saya yakin dengan barisan pemain, mereka akan bangkit memburu kemenangan pertama, ketika ini kami sedang bekerja keras untuk mengembalikan keyakinan.

“Perjalanan Liga M3 masih panjang dan pemain-pemain akan bangkit memburu kejayaan,” ujarnya kepada AFL.

Mengakui jentera serangan perlu dipertingkatkan bagi memastikan gol terhasil, Yusrizal percaya masalah ini akan diatasi untuk memastikan tiga mata penuh.

“Ada kelemahan dan kekurangan, jentera serangan akan kita perkemaskan, mentaliti kemenangan perlu ada dikalangan pemain dan inilah yang kami terapkan,” katanya.

Selepas berakhirnya dua perlawanan, PIB Shah Alam FC yang merupakan juara bertahan Liga M3 musim lalu sekadar seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC (4 Mac) dan tewas 0-1 kepada Sains FC dilaman sendiri, 11 Mac 2023.

 

 

March 16, 2023
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *