AFL

KETUA pasukan PIB Shah Alam FC, Adam Shafiq Fua-ad mengharapkan gol yang terhasil pada perlawanan menentang Harini Selangor FT sebagai permulaan jaringan gol.

Ujarnya, ketumpulan jentera serangan selain tidak beraksi mengikut rentak sendiri antara punca kekalahan ditangan pelawat yang rata-rata dibarisi pemain berpengalaman.

“Kami memiliki peluang, pertama sekali kami gagal beraksi sebagaimana dirancang, lepas lawan menjaringkan gol barulah kami mendapat balik rentak permainan.

“Memang ada peluang, sebagaimana saya katakan sebelum ini, dari perlawanan pertama lagi jika kita tak jaringkan gol pasukan tidak akan menang.

“Positifnya saya mengharapkan satu gol dalam perlawanan ini akan membuka peluang untuk pasukan menjaringkan gol pada perlawanan seterusnya,” katanya.

Pada aksi di Stadium USIM, Nilai, pelawat yang dibimbing P Maniam mendahului tuan rumah dua gol tanpa balas hasil jaringan Zulkiffli Zakaria minit ke-8 dan 51.

PIB Shah Alam FC cuba bangkit pada separuh masa kedua menerusi jaringan Nor Ubaidullah pada minit ke-77 untuk merapatkan kedudukan namun keputusan 2-1 itu kekal sehinggalah tamat masa perlawanan.

Selepas tiga perlawanan, PIB Shah Alam FC hanya meraih satu mata setelah merekodkan seri tanpa jaringan berdepan Manjung City FC dan tewas 0-1 (Sains FC).

 

March 23, 2023
Tags:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *