AFL

KELAB Bola Sepak PIB Shah Alam sedia mempertahankan gelaran kejuaraan Liga M3 yang dimenangi musim lalu sambil tidak menafikan kemampuan pasukan lain.

Dianggap pasukan pilihan, skuad yang dibimbing Yusrizal Yusoff telah menjalani beberapa perlawanan persahabatan berdepan pasukan berpengkalan di Utara dan Timur.

Merealisasikan hasrat mengekal kejuaraan,  PIB Shah Alam FC telah mendaftarkan 30 pemain dengan 11 pemain lama dikekalkan manakala bakinya merupakan bakat-bakat baharu serta beberapa pemain berpengalaman.

Aksi pemain PIB FC ketika berdepan Kelantan FC pada perlawanan persahabatan.

Bagi Yusrizal, sasaran pengurusan agar kejuaraan dikekalkan selain melangkah lebih jauh kini menjadi matlamat utama barisan pemain dan kejurulatihan.

Jelasnya, keputusan mendaftar 30 pemain adalah wajar memandangkan saingan Liga M3 dijalankan secara timbal balik (liga) yang membabitkan 14 pasukan.

“Langkah ini bagi memastikan semua pemain berada dalam keadaan terbaik apabila diturunkan beraksi kerana kita melihat saingan musim ini agak mencabar dan sengit dari semua pasukan.

“Kami telah bersedia mempertahankan gelaran dan menantikan saingan bermula,” tegasnya.

Mengulas beberapa aksi persahabatan yang diadakan, Yusrizal menjelaskan keserasian mula dipamerkan dikalangan pemain.

“Gabungan formasi, taktikal dan persefahaman antara aspek utama yang kami mahu tonjolkan dalam perlawanan persahabatan dan pemain mula serasi dengan perancangan ini.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu dipertingkatkan dan ia akan diselesaikan sebelum saingan bermula,” katanya.

Tambahnya lagi, Yusrizal melihat Harini Selangor FT, Imigresen FC dan Sains FC antara pasukan yang mampu mencabar kejuaraan musim ini.

“Begitu juga saya lihat Manjung City FC,” jelasnya yang akan menentang Manjung City FC pada aksi pertama Liga M3 musim ini.

 

Barisan Kejurulatihan PIB FC 2023

Presiden Kelab : Mohammad Anuar Yusof

Penasihat : Mior Arrifen Adnan

Pengurus : Patrick Banying Anak Langku

Ketua Jurulatih : Yusrizal Yusoff

Penolong Ketua Jurulatih : Muhamad Azrin Mohamed

Jurulatih Kecergasan : Mohammad Fazrul Jaafar

Jurulatih Penjaga Gol : Muhamad Solehin Abdul Wahad

Physio : Mohammad Nazmi Abdul Halim

Kit Man : Muhammad Nizar Faris Bin Mohd Basri Kit Man

Local General Coordinator : Muhammad Asyyraf Borhanudin

Gelanggang : Stadium USIM, Nilai

Laman Sosial :

Facebook Page : PIB Football Club

Instagram : pibfc_official

Youtube Chanel : PIB Football Club

 

INFO RINGKAS PIB SHAH ALAM FC

  • Ditubuhkan secara rasmi pada September 2011
  • 2012 menyertai Liga Veteran Damansara dibawah kelolaan Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur
  • Menyertai Klang Valley Leagua selama empat musim dan bergelar juara 2015 dan 2016.
  • Bergelar juara Liga Super 2017 (KVL).
  • Naib Juara Selangor Champion League 2017
  • Menyertai Liga FAM pusingan pertama 2018
  • Melangkah ke pusingan ketiga dalam saingan Shopee Piala FA dan menjadi juara Liga Premier FAS PADA 2019.
  • Juara Liga M3 2022

 

February 22, 2023
Tags: , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *