AFL

PENYERANG Perlis United FC, Saddam Hashim tekad memastikan tiga mata penuh diraih pasukan menjelang aksi getir menentang Imigresen FC di Stadium UPM, Serdang petang ini.

Tegasnya, berdepan tuan rumah bukanlah tugas mudah memandangkan dibarisi beberapa pemain berpengalaman namun yakin dia dan rakan sepasukan mampu memberikan saingan kepada lawan.

“Kita tewas sekali dan seri, jadi perlawanan petang ini penting sebelum saingan Liga M3 berehat panjang, memang saya idamkan jaringan dan mengharapkan mampu diterjemahkan pada aksi di Stadium UPM, Serdang,” katanya.

Pada aksi pertama, Saddam menjaringkan gol penyamaan buat pasukan ketika berdepan Armed Forces FC yang memberikan satu mata berharga buat pasukan.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Imigresen FC ketika berdepan AFFC minggu lalu, Ferris Danial Mat Nasir turut mengimpikan keputusan yang sama.

“Saya belum puas hati dengan persembahan, masih banyak boleh dilakukan dan sememangnya mengharapkan aksi pada perlawanan-perlawanan seterusnya.

“Mencetak nama selaku penjaring dan membantu kemenangan pasukan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *