AFL

PENGENDALI Sarawak United FC, S Balachandran mengharapkan aksi ditempat sendiri berdepan Malaysia University petang ini akan membuahkan mata pertama buat pasukan.

Menyifatkan ada peningkatan dipamerkan anak didiknya dalam dua perlawanan sebelum ini, S Balachandran yakin jika rentak sama dijelmakan tidak mustahil keputusan positif mampu dilakar.

“Pasukan ini masih baharu dan ramai pemain muda, kita tidak letak harapan yang besar, begitu juga pengurusan, tahun ini lebih kepada pembangunan bakat-bakat muda.

“Melihat kepada dua perlawanan sebelum ini terutamanya aksi berdepan Bukit Tambun FC, pemain menunjukkan peningkatan dan ini perkembangan positif buat pasukan.

“Memamg kami mengharapkan kemenangan namun jika berjaya meraih satu mata pun ianya juga amat bermakna,” katanya kepada AFL.

Sarawak United FC memulakan saingan Liga M3 musim ini dengan aksi ditempat lawan berdepan Harini Selangor FT dengan kekalahan 0-3 sebelum bertemu Bukit Tambun FC juga digelanggang lawan dan tewas 0-2.

Sementara itu bagi pengendali Malaysia University, Ridzuan Abu Shah pula dia tidak mahu pemainnya terus dibuai dengan kemenangan besar, 10-1 ke atas Naga Ultimate KS FC, minggu lalu.

“Kami harapkan kemenangan tersebut terus dijadikan suntikan semangat untuk berkunjung di Stadium Negeri Kuching.

“Pemain telah diingatkan agar tidak mudah berpuas hati dan terus mengekalkan rentak kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata,” tegasnya.

 

 

March 17, 2023
Tags: ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *