

UM-DAMANSARA United tekad meloloskan diri lebih awal ke pentas saingan Piala Malaysia 2026 dengan mensasarkan mata penuh pada aksi berdepan Kedah FA di Stadium Darul Aman, Sabtu ini.
Berbaki dua perlawanan dalam pusingan pertama Liga A1 Semi-Pro, peluang skuad yang dibimbing Ridzuan Abu Shah untuk berada dikedudukan tiga terbaik terjamin walaupun masih berbaki satu perlawanan menentang Machan FC.
Bagi Ridzuan kehadiran pasukan ke Alor Setar perlu diakhiri dengan keputusan positif yang akan membuka ruang kepada pasukan beraksi dalam saingan Piala Malaysia 2026.
“Kedah FA adalah pesaing hebat dalam Liga A1 ketika ini, kami perlu curi satu mata ditempat lawan, jika tiga mata ia adalah lebih bagus yang secara dasarnya akan melayakkan kita ke Piala Malaysia 2026.
“Tidak perlu sehingga aksi terakhir menentang Machan FC kerana jika kita memang laluan kita cerah dan boleh dianggap selamat,” katanya.

Mengulas kemampuan pasukan lawan, Ridzuan yang turut mengenali serta mengetahui corak permainan pasukan lawan namun tetap waspada.
“Saya mengetahui corak permainan diterapkan Kedah FA memandangkan ketua jurulatihnya, Victor Andrag merupakan sahabat baik saya, jadi mungkin ada sedikit kelebihan.
“Bagaimanapun saya telah mengingatkan pemain agar berwaspada sehinggalah tamat perlawanan.
“Bagi saya pasukan yang konsisten dan bersemangat tinggi akan meraih kemenangan,” tegasnya.
UM Damansara United ketika ini berada ditangga keempat liga dengan meraih 25 mata selepas 13 perlawanan manakala Kedah FA dua tangga dibawah dibezakan satu mata.

Untuk rekod tiga pasukan teratas selepas berakhirnya pusingan pertama Liga A1 Semi-Pro akan melayakkan diri ke pentas Piala Malaysia 2026.
Selangor FC II, Johor Darul Ta’zim II dan Imigresen FC II yang merupakan pasukan ‘feeder’ dan turut bersaingan dalam Liga A1 Semi-Pro sudah pasti tidak menyertai perebutan tersebut yang pastinya membuka ruang kepada lima pasukan lain.
Perak FA, Kedah FA, Kelantan Red Warrior FC (KRW FC), UM-Damansara United dan Armed Forces FC antara pasukan yang mengintai peluang beraksi dalam kancah Piala Malaysia 2026.

> Baki perlawanan UM-Damansara United <
> 20 Disember 2025 (Sabtu)
– Kedah FA vs UM-Damansara United
Stadium Darul Aman, Alor Setar / 8.45 mlm
> 28 Disember 2025 ( Ahad)
Machan FC vs UM Damansara United
Stadium Hang Tuah, Melaka / 4.45 ptg