AFL
KETUA pasukan USM FC, Redzuan Suhaidi menyeru rakan sepasukan agar terus memastikan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga A2 Amateur 2025/2026 dipertahankan sehinggalah gelaran kejuaran dicapai.

Menyedari bukanlah tugas mudah dengan bakal melayan kunjungan AAK Puncak Alam FC pada saingan separuh akhir pertama malam esok, Redzuan percaya kerja keras yang ditampilkan sepanjang kejohanan membuktikan komitmen tinggi pemain dan pengurusan.

“Lawan adalah pasukan berpengalaman dan kita hormati kekuatan lawan namun itu bukan alasan untuk kami tidak beraksi cemerlang sebagaimana perlawanan sebelum ini.

“Tunjang kekuatan kami adalah disipilin yang tinggi dan saya mengharapkan rakan sepasukan akan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada perancangan pasukan sehinggalah tamat perlawanan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, beraksi sebagai pasukan tuan rumah perlu dimanfaatkan untuk aksi timbal balik ditempat lawan yang pastinya menjanjikan aksi menarik.

“Kami fokus kepada rentak kemenangan dan tidak mengambil mudah pada setiap perlawanan, mental dan semangat pemain kini sangat positif dan pemain mengetahui tanggungjawab masing-masing.

“Untuk memastikan perjalanan kami dalam saingan ini berterusan kami perlu menang sekurang-kurangnya dua atau tiga gol tanpa bolos untuk dijadikan bekalan selesa untuk aksi kedua ditempat lawan,” ujarnya.

Ditanya bakal berdepan dengan penyerang berbisa lawan, Fa’es Hafize yang kini meledak 18 gol, Redzuan menyedari kemampuan penyerang lawan itu dan bersedia sepenuhnya.

“Dia (Fa’es) penyerang yang berbisa tetapi kami juga bersedia dengan perancangan untuk merantai pergerakannya,”katanya.

USM FC merupakan pasukan yang paling cemerlang dalam saingan Liga A2 Amateur 2025/2026 selepas merekodkan tanpa kalah disepanjang saingan Zon Utara.

Rentak kecemerlangan mereka diteruskan apabila tidak berdepan masalah diperingkat suku akhir setelag berjaya menewaskan MBMB Warrior FC dengan agregat 7-2 untuk melangkah ke pentas separuh akhir.

Jadual perlawanan Separuh Akhir Pertama
> 03 Januari 2026 (Sabtu)
USM FC vs AAK Puncak Alam FC
Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang / 8.45 mlm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *