AFL
Hasbul Hazani mahu pemainnya melupakan kekalahan lalu dan memberikan tumpuan sepenuhnya berdepan Melaka FC, malam esok.

TEWAS dua perlawanan, Bukit Tambun FC tekad memastikan tiga mata penuh ketika melayan kunjungan Melaka FC pada perlawanan minggu ketiga Liga A1 Semi-Pro MBSB Bank Championship 2024-2025, Sabtu ini.

Pengendali Bukit Tambun FC, Hasbul Hazani Daud berkata, beraksi dilaman sendiri buat kali pertama memberikan suntikan semangat buat pemain memandangkan Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan memberikan tuah buat pasukan musim lalu.

“Ini kali pertama kami beraksi musim ini yang pastinya mencabar, berdasarkan rekod musim lalu apabila beraksi dilaman sendiri , keputusan positif mampu diraih dan kita harapkan ia akan terus menjadi kenyataan.

“Dua perlawanan sebelum ini begitu mencabar apabila berdepan pasukan yang berpengalaman serta dibarisi bekas-bekas pemain kebangsaan dan juga kelab.

“Pemain kini sudah melupakan kekalahan dan memberikan tumpuan sepenuhnya untuk meraih kemenangan pertama dilaman sendiri berdepan Melaka FC”, jelasnya kapad AFL.

Mengulas pasukan lawan, Hasbul Hazani menghormati skuad bimbingan K Devan yang memiliki kualiti serta corak permainan pantas berdasarkan dua perlawanan sebelum ini.

“Kami menghormati lawan namun bukan alasan buat pemain-pemain mempamerkan aksi berkualiti kerana sasaran kita adalah tiga mata penuh dan semua ini tidak mustahil berdasarkan perancangan yang telah diterapkan.

“Berikan tumpuan sepenuhnya dan elakkan kesilapan mudah serta berjuanglah sehingga tamat masa perlawanan”, katanya.

Pada dua perlawanan terdahulu, Bukit Tambun FC yang menamatkan saingan dikedudukan keempat musim lalu tewas tipis 1-2 ditangan Gombak FC ditempat lawan sebelum seminggu kemudian tewas 1-3 ketika beraksi di Stadium MMU, Cyberjaya berdepan PT Athletic FC.

 

Lima perlawanan seterusnya Bukit Tambun FC 

29 Jun 2024 (Sabtu)

PIB Shah Alam lwn Bukit Tambun FC

Stadium USIM, Nilai / 4.45 ptg

13 Julai 2023 (Sabtu)

Bukit Tambun FC lwn Armed Forces FC

Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan / 4.45 ptg

21 Julai 2024 (Ahad)

KL Rovers lwn Bukit Tambun FC

Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras / 4.45 ptg

27 Julai 2024 (Sabtu)

Bukit Tambun FC lwn Imigresen FC

Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan / 4.45 ptg

3 Ogos 2024 (Sabtu)

Malaysian University lwn Bukit Tambun FC

Stadium UKM, Bangi / 4.45 ptg

*Tertakluk kepada sebarang pindaan.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *