AFL

KELANTAN WTS FC enggan terburu-buru dengan sasaran ke pentas Liga Super musim depan dengan tumpuan penuh diberikan kepada baki lima perlawanan saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/2026.

Memastikan pasukan terus konsisten dengan rentak kemenangan, pengendali Kelantan WTS FC  Kamaruddin Muhamad menegaskan fokus utama pasukan ketika ini adalah untuk menamatkan musim dalam kelompok lima terbaik, tanpa terlalu memberi tekanan kepada sasaran lebih besar.

“Kami tidak mahu terlalu terkejar-kejar untuk bercakap soal Liga Super. Fokus kami sekarang adalah satu demi satu perlawanan dan memastikan pasukan terus konsisten hingga ke penghujung musim.

“Apa yang penting, pemain perlu kekal disiplin dan fokus. Kita sudah buktikan kemampuan, sekarang masa untuk kekalkan prestasi dan elakkan kesilapan mudah,” ujarnya.

Skuad yang berpengkalan di Tendong, Pasir Mas itu mempamerkan aksi kebangkitan khususnya pada pusingan kedua apabila mencatatkan rekod lima perlawanan berturut-turut tanpa kalah sebelum kecundang kepada Selangor FC II pada 6 April 2026.

Namun mereka kemudian bangkit meraih kemenangan ke atas Seoul Phoenix FC dan UM Damansara United.

Ketika ini Kelantan WTS FC berada dikedudukan ke tujuh selepas 23 perlawanan hasil 12 menang, empat seri dan tujuh kekalahan untuk mengumpul 40 mata.

Keputusan 10 perlawanan terdahulu WTS FC

> 26 Disember 2026

   Kelantan WTS FC (0) vs (0) Perak FA

> 09 Januari 2026

   Malaysian University (3) vs (4) Kelantan WTS FC

> 17 Januari 2026

    Manjung City FC (1) vs (2) Kelantan WTS FC

> 24 Januari 2026

   Kelantan WTS FC (1) vs (0) Armed Forces FC

> 01 Februari 2026

   Kelantan WTS FC (2) vs (0) Kedah Darul Aman FC

> 06 Februari 2026

   Kelantan WTS FC (1) vs (0) Bunga Raya FC

> 15 Februari 2026

   Kelantan WTS FC (2) vs (1) Imigresen FC II

> 06 April 2026

   Kelantan WTS FC (1) vs (3) Selangor FC II

> 13 April 2026

   Seoul Phoenix FC (0) vs (4) Kelantan WTS FC

> 18 April 2026

   Kelantan WTS FC (1) vs (0) UM Damansara United

Baki lima perlawanan Kelantan WTS FC

> 27 April 2026

   Kedah FA vs Kelantan WTS FC

> 02 Mei 2026

   Kelantan WTS FC vs Perlis GSA FC

> 08 Mei 2026

   Kelantan Red Warrior FC vs Kelantan WTS FC

> 18 Mei 2026

   Kelantan WTS FC vs Johor Darul Ta’zim II

> 22 Mei 2026

   Perak FA vs Kelantan WTS FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *