AFL

PERAK FA  mahukan kemenangan ke atas Bunga Raya FC untuk dijadikan tonik sebelum berdepan Johor Darul Ta’zim II pada aksi yang bakal berlangsung di Kompleks Bolasepak Perak, Chepor.

Ketua jurulatih Perak FA, Shamsul Saad bagaimanapun menegaskan ianya bukanlah tugas mudah memandangkan Bunga Raya FC hadir dengan semangat memburu kemenangan.

“Bunga Raya merupakan sebuah pasukan yang sukar diramal, mereka mempunyai disiplin yang sangat baik ketika bertahan dan melakukan serangan balas untuk mendapatkan gol.

“Jadi bagi saya ianya bukanlah tugas mudah, sikap dan komitmen pemain mestilah 100 peratus fokus, disiplin pada apa jua strategi yang akan dirancang.

“Misi kita tetap untuk mencari tiga mata,” jelasnya.

Tambahnya lagi, kemenangan ke atas Kedah Darul Aman FC sebelum ini perlu diteruskan kerana sasaran kita adalah memperbaiki kedudukan dalam saingan.

“Kita bersyukur berjaya mengutip mata-mata penting pada perlawanan yang sepatutnya.Kami semua telah sepakat untuk mula mendaki dan tidak lagi tercicir mata.

“Sebelum turun menentang JDT II, kita kena pastikan moral dan keyakinan pasukan berada pada tahap tertinggi dan ianya hanya boleh kita dapat dengan menang perlawanan petang esok,”ujarnya.

Selepas berakhirnya 22 perlawanan, Perak FA ketika ini berada di kedudukan kelima liga dengan mengumpul 42 mata hasil 11 kemenangan, sembilan seri dan dua kekalahan.
Keputusan 10 perlawanan terdahulu Perak FA
> 14 Disember 2025
Seoul Phoenix FC (0) vs ( 8 ) Perak FA
> 22 Disember 2025
Perak FA (1) vs (1) Selangor FC II
> 26 Disember 2025
Kelantan WTS FC (0) vs (0) Perak FA
> 21Januari 2026
Kedah FA (1) vs (1) Perak FA
> 10 Februari 2026
Perlis GSA FC (0) vs (1) Perak FA
> 30 Mac 2026
Perak FA (2) vs (0) Malaysian University
> 04 April 2026
Manjung City FC (0) vs (0) Perak FA
> 08 April 2026
Kelantan Red Warrior FC (0) vs (1) Perak FA
> 13 April 2026
Perak FA (0) vs (0) Armed Forces FC
> 18 April 2026
Kedah Darul Aman FC (0) vs (2) Perak FA
Baki enam perlawanan Perak FA
> 24 April 2026
Perak FA vs Bunga Raya FC
> 28 April 2026
Perak FA vs JDT II
> 02 Mei 2026
Imigresen FC II vs Perak FA
> 09 Mei 2026
Perak FA vs Seoul Phoenix FC
> 17 Mei 2026
Selangor FC II vs Perak FA
> 22 Mei 2026
Perak FA vs Kelantan WTS FC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *