

PENGENDALI Imigresen FC II, S Balachandran mahu rekod tanpa kalah terus dipertahankan menjelang aksi berdepan AAK UNISEL FC di Stadium Utama Kuala Selangor, petang esok.
Meraih satu mata berdepan Kedah FA ditempat lawan pada aksi pertama, anak didik S Balachandaran memperolehi kemenangan sulung dengan menewaskan Bunga Raya FC, 2-0 pada aksi minggu lalu.
Bagi S Balachandran, rekod tanpa kalah ini perlu dipertahankan untuk memastikan mereka terus bersaing walaupun perlawanan baru memasuki minggu ketiga.
“Semua pasukan yang bertanding adalah sama kuat dengan kualiti pemain yang ada, setiap perlawanan adalah penting bagi kami, jadi kami mahukan kemenangan atau sekurang-kurangnya membawa pulang mata.
“Semangat dan komitmen pemain ketika ini berada diprestasi terbaik dan saya percaya kami akan meraih keputusan positif pada perlawanan petang esok,” ujarnya.

Mengulas mengenai lawan, pengendali kelahiran Selangor ini percaya tuan rumah akan bangkit selepas tewas dua perlawanan sebelum ini.
“Memang perlawanan yang sukar, sebarang keputusan bergantung pada hari perlawanan, jadi saya mahu pemain memberikan tumpuan penuh pada petang esok.
“Pasti lawan akan memberikan saingan sengit untuk meraih tiga mata, kami kena bersedia dari segi pertahanan dan jugak corak permainan.
“IFC II perlu bermain dengan taktikal terbaik untuk mendapatkan mata,” tegasnya.
Selepas berakhirnya dua perlawanan, Imigresen FC II kini berada dikedudukan ketiga dengan mengumpul empat mata hasil satu menang dan satu seri.
#AFL
#ligaa1semipro20262027
#ligauntuksemua
> Jadual perlawanan
10 September 2026 / Khamis
AAK UNISEL FC vs Imigresen FC II
Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 petang
