AFL

AAK UNISEL FC meletakkan sasaran sekurang-kurangnya berada dalam kelompok tujuh terbaik pada penampilan sulung dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/2027.

Sasaran ini bersandarkan persiapan pasukan yang rapi selain komitmen dari barisan pemain serta kejurulatihan yang dianggap senjata utama buat pasukan yang berpengkalan di Kampus UNISEL Bestari Jaya, Kuala Selangor.

Pengurus pasukan AAK UNISEL FC, Mohd Ikhwaniata Taib berkata, pasukan kini giat menjalani latihan dari aspek persefahaman, kecergasan dan taktikal bagi mengharungi Liga A1 Semi-pro 2026/2027.

“Latihan pasukan kini dijalankan di Kampus UNISEL Bestari Jaya, Kuala Selangor, dengan beberapa siri perlawanan persahabatan telah dirancang termasuklah dengan pasukan Persiraja Banda Aceh dalam persiapan menghadapi saingan.

“Pasukan mengekalkan hampir 50 peratus pemain sedia ada selain membawa masuk pemain baharu diposisi penting untuk memperkuatkan pasukan.

“Persiapan pasukan ketika ini berada dalam keadaan terbaik dengan beberapa aspek penambahbaikan sedang giat dilakukan staf kejurulatihan,” tegasnya.

Tambahnya lagi, cabaran musim ini pastinya berbeza dengan penglibatan pasukan lain namun ia bukan alasan untuk pasukannya tidak memberikan saingan.

“Saingan kali ini pastinya berbeza dengan penyertaan pasukan-pasukan yang berkualiti, untuk itu AAK UNISEL FC meletakkan sasaran dikelompok tujuh terbaik pada penampilan musim pertama ini,” ujarnya.

Jadual lima perlawanan awal AAK UNISEL FC

> 30 Ogos 2026 (Ahad)

   Bunga Raya FC vs AAK UNISEL FC

  (Arena IRC Sendayan, Negeri Sembilan / 4.45 ptg)

> 6 September 2026 (Ahad)

   AAK UNISEL FC vs JDT II

   (Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 ptg)

> 13 September 2026 (Ahad)

   AAK UNISEL FC vs Imigresen FC II

   (Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 ptg)

> 27 September 2026 (Ahad)

    Negeri Sembilan FC II vs AAK UNISEL FC

    (Stadium Tampin, Negeri Sembilan / 4.45 ptg)

> 4 Oktober 2026 (Ahad)

     AAK UNISEL FC vs Armed Forces FC

     (Stadium Utama Kuala Selangor / 4.45 ptg)

#AFL

#ligaa1semipro20262027

#ligauntuksemua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *